Thursday, September 27, 2012

BACAAN YAASIN DI RUMAH KEKANDA AMIN

Salam perjuangan,

Alhamdulillah pada malam jumaat yang berkat ini perguruan seni silat kota sendeng bukan sahaja aktif bersilat tetapi juga mengambil berat dan memandang utama usaha utk menyuburkan dan memantapkan rohani para pesilatnya..

Pada malam ini kita telah menyempurnakan hajat kekanda amin dgn bersama membaca Yaasin Kafiat 1 dan doa yg diketuai oleh tuan guru utama sendiri.

Pada perjumpaan ini juga dimaklumkan bahawa kekanda amin akan membuka gelanggang silat bersebelahan rumahnya di kg Meriang.

Kita sama sama doakan supaya keluarga kekanda Amin akan selamat sihat dan bahagia dan mudah utk membuka gelanggang di rumahnya...

Tahniah rakan rakan semua..




Tuesday, September 25, 2012

BACAAN YAASIN DAN DOA DI TAMAN CHEMPAKA DURIAN TUNGGAL

Perguruan Seni Silat Kota Sendeng malam tadi telah mengadakan lawatan dan kunjungan ahli perguruan yang baru sahaja mendapat cahaya mata di Tmn Chempaka Durian Tunggal..

Ahli perguruan juga telah sama sama membaca yaasin yang diketuai oleh Tuan Guru Hasan dan bacaan doa diketuai oleh Tuan Guru Utama Rahman..Kita semua sama sama doakan kesihatan kepada bayi itu supaya cepat pulih dan ceria seperti anak anak yang lain.

Semuga Allah memperkenankan permohonan dan hajat kami semua..InsyaAllah.




Saturday, September 22, 2012

BACAAN ZIKIR DAN DOA

Salam Perjuangan,

Tahniah kpd anak anak PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG kerana berjaya Bersama sama berjemaah berzikir dan berdoa di Kem Saujana Asahan demi kejayaan dan keselamatan kita semua.

Terimakasih juga kepada Tuan Guru Utama Rahman b Hamid LR dan naib YDP Tuan Guru Hasan kerana sudi bersama sama menjadi khalifah dlm bacaan doa tadi..

Semuga dengan doa dan keberkatan dari Allah akan memakmurkn kehidupn kita dan memberi kita hidayah utk kita menjadi hambaNya yg diredhai dan disayangi....

Terimakasih dan tahniah semua..




Tuesday, September 11, 2012

MAJLIS KHATAM SILAT TAPAK HIJAU DAN MERAH

PADA 16 JULAI 2012 YANG LEPAS TELAH BERLANGSUNG PROGRAM KHATAM TAPAK HIJAU DAN MERAH DI GELANGGANG SILAT ASAHAN.

TAHNIAH KEPADA AHLI YANG BERJAYA KHATAM DENGAN CEMERLANG DAN TERIMAKASIH KEPADA JURULATIH YANG SELAMA INI BERHEMPAS PULAS MELATIH ANAK MURID UNTUK TERUS BERJAYA DALAM ARENA PERSILATAN MELAYU INI.

TERIMAKASIH JUGA KEPADA PENYUMBANG YANG BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI.

TAHNIAH SEMUA..

 TUAN GURU UTAMA RAHMAN MENYAMPAIKAN UCAPAN

 MAJLIS PELIMAU MATA

 JURULATIH YANG HADIR

 PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA

TAHNIAH ANAK ANAK KOTA SENDENG