Sunday, May 31, 2015

TAHNIAH SYEIKH MAHARANI ABDULLAH SANI PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA

30.5.2015

MENGHADIRI MAJLIS PENCAK SILAT ABDULLAH SANI KIAI HAJI HASHIM DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH MELAKA






Thursday, May 28, 2015

PENGAMBARAN RANCANGAN 321 MULA TERBITAN RTM MALAYSIA DI TV 1

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

9.5.2015 2.00 PETANG


ALHAMDULILLAH SEPERTI TARIKH DI ATAS PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG TELAH MENJALANI RAKAMAN SEMPENA RANCANGAN 321 MULA TERBITAN RTM TV1.


KAMI TELAH DIBERI PELUANG UNTUK MEMPERSEMBAHKAN SENI SILAT DAN KAMI HARUS MENJALANKANNYA DENGAN BAIK DAN SEPENUH HATI.


TERIMAKASIH KEPADA TUAN GURU UTAMA RAHMAN YANG TURUT SERTA DALAM RAKAMAN TERSEBUT DAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PESILAT YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS RAKAMAN INI...


TAHNIAH SEMUA









Jejak Hang Tuah Ke Bumi Temasik pada 24 hingga 26 April 2015

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka bersama Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mengadakan satu program Jejak Hang Tuah Ke Bumi Temasik pada 24 hingga 26 April 2015 dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam dan ISMMA telah berjaya membawa barisan pesilat berbusana pendekar Melayu ke negeri Johor dan Singapura.


Rombongan Jejak Hang Tuah ini telah diberi penerangan khas oleh Dato Paiman bin Keromo Pengarah Muzium DiRaja Johor mengenai pembentukan negeri Johor dan sejarah berkaitan Negeri Johor.Taklimat telah diberikan di dewan


Setelah itu rombongan Jejak Hang Tuah telah memasuki ke Singapura dan diberi sambutan yang gemilang oleh Jameyah Singapura. Majlis kemuncak Jejak Hang Tuah di Bumi Temasik telah diadakan di Dewan Utama Banguna Jameyah Singapura di Geylang 12.


Majlis telah dihadiri

1. YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol - Ketua Deligasi  
2. Datuk Haji Jamil Mokmin - Naib Presiden DMDI
3. Datuk Abu Bakar Abdul - Setiausaha Agung DMDI
4. Dr Hasbi - Presiden Jameyah Singapura

Program telah bermula dengan ucapan dari kedua dua pihak dan persembahan pencak silat dari Persatuan Pencak Sendeng Singapura.

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka dan Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mempersembahkan Epic Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang

Dalam majlis itu juga Jameyah Singapura yang merupakan wakil DMDI di Singapura telah mengumpulkan pesilat pesilat dari singapura untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut.


Alhamdulillah...tahniah dan terimakasih semua yang membantu kejayaan Program ini.


Terimakasih kepada :-


1. Y.A.B. Ketua Menteri Melaka

2. Y.B. Datuk Hajah Norpipah Abdol - Timb Exco Kerajaan Negeri Melaka
3. Presiden Dunia Melayu Dunia Islam
4. Presiden Jameyah Singapura
5. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
6. Komander Akademi JPJ Johor
7. Pengurus Besar ISMMA Melaka
9. Pengarah Muzium Istana Diraja Johor
10. En Mohd Nizam Omar , Pengerusi GB4B Melaka