Wednesday, May 29, 2013
PENGHARGAAN BUAT SAHABAT SEMUA
Tahniah kepada semua sahabat yang berjaya bersama sama dalam ekspedisi ke gunung ledang tempohari..
Tahniah sahabat seperguruan kerana telah berjaya sama sama mengikuti ke program JatiDiri PSSKS di Lampong Jatuh Gunung Ledang..Satu kawasan air terjun batu yang semulajadi dan tenang..
Program ini bermula dgn perbincgan tidak formal antara ahli persatuan namun apabila kita sama sama melihat kebaikannya maka telah bersetuju utk menjadikannya satu program utk Perguruan..sebuah program yang santai namun mantap utk semua ahli perguruan yg mengikutinya..
Lampong Jatuh di gunung ledang adlh sebuah lokasi yg baik dan bagus untuk program jatidiri utk meningkatkan semangat setiakawan dan keikhlasan dlm perjuangan sesama dlm gelanggang yg bermakna..
semuga apa yg kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah swt..
tahniah sahabat semua....
klik sini juga : http://suhaizannoh.blogspot.com/2013/05/program-jatidiri-pssks-di-gunung-ledang.html
Tuesday, May 28, 2013
PUTERI GUNUNG LEDANG
Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah.
Wednesday, March 27, 2013
MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL SILAT NEGERI MELAKA
Watch "DEMO PENCAK SILAT KOTA SENDENG" on YouTube
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
tahniah kepada presiden PESAKA Malaysia YAB DS MOHD ALI RUSTAM selaku ketua menteri Melaka kerana berjaya mengadakan demontrasi pencak silat di gelanggang silat antarabangsa HANG TUAH di kg Hang Tuah Duyong.
Malam itu telah berjaya mengumpulkan seramai 2000 orang pesilat diseluruh Melaka walaupun short notice dalam masa 24 jam.
program ini anjuran bersama dgn PESAKA Melaka dan turut hadir presiden pesilat dari Indonesia dan juga merangkap presiden pesilat antarabangsa.
tahniah dari kami PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG asahan Melaka
BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA!!!!
Watch "DEMO PENCAK SILAT KOTA SENDENG" on YouTube
Sunday, March 24, 2013
WALI SONGO
ASSALLAMMUALAIKUM
SUKA DISINI KITA BERSAMA BERKONGSI PENGETAHUAN RINGKAS TENTANG SEJARAH DAN SUMBANGAN WALI SONGO TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH JAWA DAN DINUSANTARA.
SUMBER ARTIKEL ADALAH DARI PADA WIKIPEDIA.+
http://id.wikipedia.org/wiki/Walisongo
WALISONGO
|
|
|
Pembukaan Gelanggang Silat Di Felda Bkt Senggeh
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
tahniah diucapkan kepada kekanda Sulaiman Othman pemegang amanah bunga padi perguruan kerana telah berjaya mengadakan majllis perasmian dan pembukaan gelanggang silat di sebelah gelanggang gasing pangkah Felda Tun Ghafar Baba Bkt Senggeh. .
tuan guru utama PSSKS Rahman Hamid amat gembira dan mengucapkan tahniah kepda semua yg bertungkus lumus menjayakan majlis ini..
en yusof ali selaku pengerusi JKKK juga bersedia membantu mempertingkatkan kemajuan di gelanggang silat ini..
majlis perasmian juga diserikan dengan kehadiran en firdaus pengarah bahagian sahabat belia JKM.
Thursday, March 21, 2013
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah pada hari ini telah berjaya bersama sahabat perguruan seni silat kota sendeng kerana berjaya mengadakan solat hajat..bacaan yaasin dan doa utk sama sama inginkan keselamatan dan penjagaan kepada perajurit malaysia termasuk agensi kerajaan yang bertugaa disana.
terimakasih tuan guru utama rahman dan tuan guru atan atas sama sama berjemaah tadi..
ikhlas dalam perjuangan
Sunday, March 17, 2013
PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT
tarikh : 16 Mac 2013 lokasi : Gelanggang SILAT Di kg Pondok batang PERASMIAN : Usly bin Abu. Pengerusi JKKK Kg Abbey Pondok batang vip : Tuan Guru Utama RAHMAN HAMID Jafizan Md Pilus Naib Pengerusi GB4B Alor Gajah. Jurulatih : MOHD Iham bin Md Aris Pesilat : 40 org nama Silat Di: PERGURUAN Seni Silat KOTA SENDENG
JKKK amat menyokong sebarang AKTIVITI yg sihat Dan baik apatah lagi AKTIVITI itu mendatangkn kesan positif kpd anak anak Muda. Silat mampu mendidik pesilatnya supay berdisplin Dan saling hurmat menghurmati - Usly bin Abu
GB4B Alor Gajah melalui Gerak Wajadiri akan terus memantau Dan MEMBANTU mana mana persilatan utk membuka Gelanggang SILAT dlm PARLIMEN Alor Gajah. Kami selaku generasi perwaris budaya Melayu akan terus berusaha utk memastikan Seni Silat warisan bangsa INI akan terua berkembang Di DALAM PARLIMEN Alor Gajah.-Jafizan Md Pilus.
Monday, March 11, 2013
Sunday, October 21, 2012
TAHNIAH PANJI
Masa yang dinantikan..masa yg penuh bermakna..tahniah kepada Panji Sendeng Pasir Gudang kerana dgn inisiatif menggembalikan kembali kegemilangan panji dgn mengamjurkan hol muharam dan telah menjemput Perguruan Kota Sendeng utk turut serta.
Program tersebut akan diadakan pada 24 November di kg Cahaya Baru Masai..
Tahniah Panji..
Thursday, September 27, 2012
BACAAN YAASIN DI RUMAH KEKANDA AMIN
Salam perjuangan,
Alhamdulillah pada malam jumaat yang berkat ini perguruan seni silat kota sendeng bukan sahaja aktif bersilat tetapi juga mengambil berat dan memandang utama usaha utk menyuburkan dan memantapkan rohani para pesilatnya..
Pada malam ini kita telah menyempurnakan hajat kekanda amin dgn bersama membaca Yaasin Kafiat 1 dan doa yg diketuai oleh tuan guru utama sendiri.
Pada perjumpaan ini juga dimaklumkan bahawa kekanda amin akan membuka gelanggang silat bersebelahan rumahnya di kg Meriang.
Kita sama sama doakan supaya keluarga kekanda Amin akan selamat sihat dan bahagia dan mudah utk membuka gelanggang di rumahnya...
Tahniah rakan rakan semua..
Tuesday, September 25, 2012
BACAAN YAASIN DAN DOA DI TAMAN CHEMPAKA DURIAN TUNGGAL
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng malam tadi telah mengadakan lawatan dan kunjungan ahli perguruan yang baru sahaja mendapat cahaya mata di Tmn Chempaka Durian Tunggal..
Ahli perguruan juga telah sama sama membaca yaasin yang diketuai oleh Tuan Guru Hasan dan bacaan doa diketuai oleh Tuan Guru Utama Rahman..Kita semua sama sama doakan kesihatan kepada bayi itu supaya cepat pulih dan ceria seperti anak anak yang lain.
Semuga Allah memperkenankan permohonan dan hajat kami semua..InsyaAllah.
Saturday, September 22, 2012
BACAAN ZIKIR DAN DOA
Salam Perjuangan,
Tahniah kpd anak anak PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG kerana berjaya Bersama sama berjemaah berzikir dan berdoa di Kem Saujana Asahan demi kejayaan dan keselamatan kita semua.
Terimakasih juga kepada Tuan Guru Utama Rahman b Hamid LR dan naib YDP Tuan Guru Hasan kerana sudi bersama sama menjadi khalifah dlm bacaan doa tadi..
Semuga dengan doa dan keberkatan dari Allah akan memakmurkn kehidupn kita dan memberi kita hidayah utk kita menjadi hambaNya yg diredhai dan disayangi....
Terimakasih dan tahniah semua..
Tuesday, September 11, 2012
MAJLIS KHATAM SILAT TAPAK HIJAU DAN MERAH
TAHNIAH KEPADA AHLI YANG BERJAYA KHATAM DENGAN CEMERLANG DAN TERIMAKASIH KEPADA JURULATIH YANG SELAMA INI BERHEMPAS PULAS MELATIH ANAK MURID UNTUK TERUS BERJAYA DALAM ARENA PERSILATAN MELAYU INI.
TERIMAKASIH JUGA KEPADA PENYUMBANG YANG BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI.
TAHNIAH SEMUA..





.jpg)







