Wednesday, October 2, 2013

KOMPLEKS SILAT MELAYU GELANGGANG ADEPUTRA

KOMPLEKS SENI SILAT MELAYU

GELANGGANG ADI PUTRA
ASAHAN MELAKA




KELAM KELIP KU SANGKA API
KALAU API MANA SUMBUNYA
HILANG GHAIB KU SANGKA MATI
KALAU MATI MANA KUBURNYA

*******************************************
LAGENDA ADI PUTRA
MAHAGURU SILAT DATO LAKSAMANA HANG TUAH
DAN LIMA PENDEKAR
MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
1.0        PENDAHULUAN

Kompleks Seni Silat Melayu satu lagi mercu tanda pencak silat Melayu kian dimertabatkan di negeri bertuah dan bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kemajuan Melaka bukan sahaja diukur dari pembangunan fizikal dan urbanisasi tetapi pembangunan Melaka juga sejajar dengan penjagaan dan pemeliharaan warisan seni Melayu iaitu silat warisan bangsa.
Gelanggang Ade Putra diwujudkan di kaki gunung Ledang kerana sejarah dan lagenda Dato Laksamane Hang Tuah dan Lima pahlawan Melaka bermula di gunung Ledang kerana mereka bukan sahaja menuntut ilmu kependekaran tetapi juga menuntut ilmu sufi dengan Pendita Sang Ade Putra di gunung Ledang. Ini juga akan menyuntik semangat dan jatidiri dikalangan anak bangsa untuk mempelajari dan mengembangkan silat seperti mana kata kata Dato Laksamane Hang Tuah..
Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan kata kata keramat ini sebenarnya lahir dari Pendeta Sang Ade Putra yang diamanahkan kepada Dato Laksamane untuk anak melayu di dunia ini.

2.0        MATLAMAT

Menyediakan satu tempat latihan yang komprehensif untuk para pesilat dimana konsep adalah tradisional tetapi kemudahan fasiliti adalah moden dan terkini.

3.0        OBJEKTIF

A.   Menyediakan satu kemudahan yang lengkap untuk para pesilat kampong berlatih dan mempersiapkan diri untuk sebarang persembahan dan pertandingan.
B.    Memberi peluang yang luas kepada belia desa untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri dan menjadi pusat kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.
C.   Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran silat kawasan / parlimen tersebut.
D.   Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.
4.0        
         PENGISIAN

    A.   GELANGGANG SILAT ADE PUTRA
-      Ruang yang cukup dan berbumbung untuk mengadakan latihan pencak silat bersama dengan peralatan silat olahraga.
-      Ruang yang cukup untuk membuat lompatan dan seni tempur

    B.    WAKAF UNTUK LATIHAN GENDANG
-      Tempat untuk latihan gendang dan instrument untuk mengiringi pencak silat.

    C.   HALAMAN
-      Disediakan kiosk untuk peniaga menjual hasil kraftangan dan barangan tradisional samada makanan ringan atau makanan tradisi

D.   KELENGKAPAN GYMNASIUM (TINGKAT BAWAH RUMAH MELAYU)
-      Tingkat bawah disediakan gymanasium untuk pesilat menjalani latihan kecergasan dan kekuatan fizikal.

 E.    RUANG PENTADBIRAN DAN GALERI SILAT MELAYU (TINGKAT ATAS)
-  Tingkat atas adalah merupakan ruang galeri dan pentadbiran untuk menguruskan persatuan silat di kawasan berdekatan
  RANCANGAN AKTIVITI

      A.   SETIAP HARI
·         Membuka latihan gym kepada belia kampong.
·         Latihan pesilat olahraga atau kick boxing kepada belia kampong.
·         Kios dibuka untuk jualan makanan kepada pengunjung.
·         Latihan tarian kebudayaan boleh diadakan.

     B.    HUJUNG MINGGU
·         Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh dijalankan
·         Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan masyarakat.
·         Kursus kemahiran seni beladiri setiap jenis pencak silat.
·         Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan pelbagai seni beladiri lain.
·         Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh diadakan.

    C.   BERKALA ATAU BERMUSIM
·         Program sembang sembang belia bersama pemimpin
·         Tempat pertemuan pelbagai persatuan silat
·         Tempat perhimpunan pesilat
·         Tempat pertandingan persilatan
·         Mengadakan ceramah ditempat terbuka

6.0        LOKASI
Dicadangkan dibina di atas tanah kerajaan di kaki gunung ledang di Asahan lebih kurang 20 km dari Bandar Jasin dan 60 km dari Bandaraya Melaka. Pekan Nyalas terletak di dalam dun Asahan dan dalam Parlimen Alor Gajah.

  AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B , Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.
·         Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah
·         Majlis Belia Felda
·         Persatuan Seni Silat Melaka
o   Seni Silat Kota Sendeng
o   Seni Silat Gayung Malaysia
o   Seni Silat Gayung Fatani
o   Seni Silat Kilau Cendana
o   Seni Silat Cekak Malaysia
o   Seni Silat Pukulan Melaka

·         Persatuan NGO yang lain seperti:-
o   Pekida Malaysia
o   Perkasa Malaysia
o   Pergerakan Pemuda UMNO
o   Pergerakan Puteri UMNO

 Asahan merupakan sebuah pekan yang terletak di dalam Majlis Perbandaran Jasin. Ia juga terletak di antara tiga buah negeri iaituMelaka, Negeri Sembilan, dan Johor. Pusat pelancongan utama di Asahan ialah Air Terjun Asahan dan Gunung Ledang.

Politik[sunting]

Asahan juga merupakan salah satu Dewan Undangan Negeri N09 Asahan yang terletak dalam Parimen Alor Gajah(dahulunya dikenali sebagai Parlimen Selandar) . DUN Asahan diketuai oleh seorang ADUN Asahan iaitu R.Perumal .

Pelancongan[sunting]

Asahan juga telah dirancang oleh Majlis Perbandaran Jasin sebagai pusat pelancongan . Antara pusat pelancongan yang didirikan antaranya:-
- Taman Rekreaksi Asahan - Air Terjun Asahan Gunung Ledang - Laman Tiga Budaya Asahan

Jarak Perjalanan[sunting]

Dari Asahan Ke :-
·         Bandar Jasin - 19KM
·         Bandaraya Melaka - 45KM
·         Bandar Tangkak, Johor - 18KM
·         Gemencheh, Negeri Sembilan - 38KM
·         Bandar Alor Gajah - 49KM
·         Selandar - 27KM
·         Nyalas - 15KM
·         Simpang Bekoh - 6KM
·         Merlimau - 40KM
·         Bandar Muar - 47KM
Dari Asahan Ke Plaza Tol:-
·         Plaza Tol Tangkak - 22KM
·         Plaza Tol Jasin - 32KM
·         Plaza Tol Ayer Keroh Melaka - 37KM
·         Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah - 56KM
Dari Asahan Ke Stesen Bas dan Teksi
·         Perhentian Bas Dan Teksi Bandar Jasin - 25KM
·         Melaka Sentral - 43KM
·         Perhentain Bas Dan Teksi Tangkak - 23KM

Taman Perumahan[sunting]

1.  Kampung Bukit Asahan
2.  Kampung Baru Gunung Emas
3.  Kampung Tengah
4.  Kampung Relau
5.  Taman Seri Asahan

Bandar Berdekatan[sunting]

2.  Tangkak

Prasarana[sunting]

Sekolah[sunting]

·         SK Asahan (SKA)
·         SJK (T) Ladang Bukit Asahan (SJKTLBA)
·         SJK (C) Chua Hwa Asahan (SJKCHA)
·         Sekolah Agama Relau Asahan (SARA)

Masjid[sunting]

·         Masjid Asahan
·         Masjid Kampung Relau

Balai raya[sunting]

·         Balai Raya Kampong Baru Asahan
·         Balai Raya Asahan
·         Balai Raya Kampung Relau Sialang
·         Balai Raya Taman Seri Asahan

Pusat Sukan dan Rekreasi[sunting]

·         Kompleks Majlis Sukan Negara, MSN Saujana Asahan
·         Pusat Latihan Khidmat Negara Taman Lagenda, Asahan
·         Laman Tiga Budaya Asahan

Perumahan dan Penduduk[sunting]

Kampung[sunting]

·         Kampung Sungai Dua
·         Kampung Bukit Asahan
·         Kampung Relau Sialang
·         Kampung Relau Tengah
·         Kampung Relau
·         Kampung Relau Dalam
·         Kampung Bukit Panjang

Kampung Taman[sunting]

·         Kampung Baru (Taman Gunung Emas)

Taman Perumahan[sunting]

·         Taman Gunung
·         Taman Seri Asahan

Ladang/Estate[sunting]

·         Ladang Bukit Asahan (Asahan)
·         Ladang Bukit Asahan Melaka (Ayer Tekah)

Perniagaan[sunting]

·         Pekan Asahan
·         Taman Gunung
·         Kampung Relau Tengah
·         Kampung Relau Dalam
·         Taman Seri Asahan

Kemudahan Awam Terdekat[sunting]

·         Klinik Kesihatan Simpang Bekoh
·         Hospital Jasin
·         Hospital Tangkak
·         Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin
·         Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak
·         Tenaga Nasional Cawangan Jasin
·         Tenaga Nasional Cawangan Tangkak
·         Balai Polis Asahan
·         Pondok Polis Chabau
·         Pondok Polis Belading Bekoh Ledang
·         Balai Polis Simpang Bekoh
·         PETRONAS Jasin
·         PETRONAS Tangkak
·         PETRONAS Selandar
·         SHELL Jasin
·         SHELL Tangkak
·         ESSOMOBIL Jasin
·         ESSOMOBIL Tangkak


DISEDIAKAN OLEH



SUHAIZAN HAJI NOH BKT PJK PBB

PEMBUKAAN GELANGGANG KG AIR REPAT NYALAS




Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Tahniah kepada sahabat yang membuka gelanggang seni silat kota sendeng di Kg Air Repat , Nyalas malam tadi. Tahniah kepada anak-anak muda yang terbuka minda dan menaruh minat untuk mempelajari seni silat warisan melayu ini.
Tetamu vip yang hadir
1. Encik Samzainal bin Abd Karim - Pengerusi JKKK Kg Nyalas
2. Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid - YDP Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Turut Hadir
1. Encik Suhaizan Haji Noh - Pengerusi Gerakan Belia 4B Kaw Alor Gajah
Latar Belakang Gelanggang Kg Air Repat
1. Nama Perguruan : Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
2. Lokasi : Kg Air Repat Nyalas
3. Jumlah murid : 35 orang (40tahun kebawah)
4. Anjuran : Gerak Wajadiri Gerakan Belia 4B Caw Nyalas dan Pergerakan Pemuda UMNO Nyalas
5. Jurulatih : Encik Mohd Iham bin Md Aris
6. Perasmian : Encik Samzainal Abd karim - Wakil YB DW Abd Ghafaar Atan
Mempelajari seni silat melayu memerlukan kesungguhan dan ketahanan diri yang tinggi. Kerana silat menuntut penuntutnya supaya tabah dan sabar dalam melalui proses pembelajaran yang displin dan tegas.Ini akan memberi keyakinan yang tinggi untuk memastikan anak anak perguruan dalam keadaan siapsiaga dan tidak boleh lalai dan leka.
petikan Ucapan Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid
Orang Melayu tetap unggul dan hebat kerana mempunyai semangat pendekar dari zaman hang tuah sehingga kini.Nyalas melalui pelbagai generasi dan setiap generasi mempunyai ikon atau orang orang lama yang sentiasa bersedia untuk menghidupkan warisan silat ini.Dan kali ini saya mengharapkan agar generasi muda kini dapat meneruskan agenda persilatan melayu ini supaya ianya terus diwarisi dan dikekalkan.Semuga kampung kita mendapat menafaat daripada pembukaan gelanggang ini.
petikan ucapan perasmian Encik Samzainal bin Abd Karim.
Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Shahril Samzainal selaku ketua gerakan belia 4b caw nyalas dan ketua pemuda UMNO caw nyalas yang berhempas pulas bersama rakan rakan kampung untuk membuka gelanggang ini. Semuga mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT
Tahniah semua