Monday, December 2, 2013
JADUAL LATIHAN TERKINI
HARI : JUMAAT ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA RAHIM BIN TUAN GURU RAHMAN
2. GELANGGANG PONDOK BATANG ,
HARI : SELASA DAN JUMAAT ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS
3. GELANGGANG FELDA TUN GHAFAAR BUKIT SENGGEH ,
HARI : SABTU DAN ISNIN ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA SULAIMAN BIN OTHMAN
4. GELANGGANG NYALAS ,
HARI : RABU DAN SABTU ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS
Friday, November 29, 2013
MESYUARAT PESAKA LEDANG
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Tahniah kepada Tok Karim kerana mengadakan mesyuarat Pesaka Daerah Ledang untuk menganjurkan program Kejohanan Pencak Silat Seni Daerah Ledang/Muar..
Semuga usaha ini akan berterusan utk sama sama memartabatkan seni silat warisan bangsa kita yang berharga ni..Tahniah semua pendukung silat Melayu...
Thursday, November 28, 2013
MESYUARAT POST MORTERM HOL MUHARAM DAN AKTIVITI TERDEKAT
Meayuarat post morterm hol muharam dan perbincangan aktiviti terdekat telah diadakan di kediaman Tuan Guru Utama Rahman Hamid..alhamdulilah mendapat feedback yang positif dikalangan yang hadir.
1. Post Morterm Hol Muharam
a. Kewangan
b. Perjalanan Majlis
c. Penginapan
d. Komplen atau teguran dan nasihat
2. Aktiviti terdekat
a. Mesyuarat dengan Pesaka Ledang pd 30.11.2013
b. Mesyuarat dgn DSSM di Tasik Titiwangsa
c. Pembukaan gelanggang di Kg 8 Melaka
d. Mandi apung utk gelanggang Nyalas dan Pondok Batang
e. Majlis penyampaian sijil
Kami berharap segala apa yang dibincangkan akan mendapat keberkatan dan memberi kekuatan ukhuwah dan persaudaraan dilalangan kami...InsyaAllah...
Wednesday, November 27, 2013
Monday, November 25, 2013
TERIMAKASIH MELAKA HARI INI
Wednesday, November 20, 2013
ASAL USUL SUNAN BONANG
Ada yang mengatakan Dewi Condrowati itu adalah puteri Prabu Kertabumi. Dengan demikian Raden Makdum adalah seorang Pangeran Majapahit karena ibunya adalah puteri Raja Majapahit dan ayahnya menantu Raja Majapahit.
Monday, November 18, 2013
MAJLIS HOL MUHARAM
1. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KOTA SENDENG -ALAMAT : ASAHAN MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ABD RAHMAN HAMID -PENYERTAAN : 150 ORANG
2. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA -ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN -PENYERTAAN : 29 ORANG
3. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG PANJI MASAI JOHOR -ALAMAT : KG CAHAYA BARU MASAI JOHOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA TUAN RAMLI BIN AHMAD -PENYERTAAN : 40 ORANG
4. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI -ALAMAT : TNB KAPAR KELANG -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA CHE HASHIM BIN CHE JAAFAR -PENYERTAAN : GELANGGANG TNB KAPAR KLANG / SUNGAI BULOH KUALA SELANGOR/MUAZAM SHAH PAHANG.
5. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI PUTERA LEDANG -ALAMAT :KG PAYAMAS TANGKAK -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA IMAM MOKHTAR OSMAN -PENYERTAAN : 40 ORANG
6. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK PANCA -ALAMAT : TAMAN BUKIT PERDANA BATU PAHAT - NAMA GURU : MAHAGURU SAMSON - PENYERTAAN : 15 ORANG
7. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HARIMAU BERANTAI SANG PENAKLOK -ALAMAT : KUALA SELANGOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA -PENYERTAAN : 15 ORANG
8. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HULUBALANG MALAYSIA -ALAMAT : KAMPUNG GADEK ALOR GAJAH -NAMA GURU : TUAN GURU SOBARU -PENYERTAAN : 29 ORANG
9. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CAHAYA D'LIMA -ALAMAT : BAKRI MUAR JOHOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SYEIKH MAULANA ABDULLAH SANI HJ HASHIM -PENYERTAAN : 20 ORANG
10. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA -ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN -PENYERTAAN : 29 ORANG
11. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CEKAK MALAYSIA -ALAMAT : TAMAN MURAI DURIAN TUNGGAL -NAMA GURU : TUAN GURU SHAM BIN GHANI -PENYERTAAN : 20 ORANG
12. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK TEPAT MALAYSIA -ALAMAT : UMBAI MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA AZIZ -PENYERTAAN : 20 ORANG
13. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG MALAYSIA -ALAMAT : DUYONG MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU MASRYZAL -PENYERTAAN : 20 ORANG
14. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KILAU CENDANA -ALAMAT : ALOR GAJAH MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ROSTAM BIN MOHAMAD -PENYERTAAN : 20 ORANG
Objektif : Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.
Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.
Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.
Aturcara
4.30 Petang : Pendaftaran peserta 6.30 Petang : Jamuan makan malam bermula 7.15 Malam : Solat Maghrib Berjemaah 8.00 Malam : Taklimat Majlis 8.15 Malam : Solat Isyak berjemaah 9.00 Malam : Majlis Perasmian - ucapan Alu aluan - bacaan doa - ucapan YDP Perguruan Seni Silat Kota Sendeng - ucapan perasmian YB Datuk Hajah Norpipah Abdol 9.45 Malam : Pencak Silat bermula 2.00 pagi : Bersurai
Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah
1. Tahniah kepada persatuan seni silat kota sendeng kerana berjaya mengadakan majlis seni silat melayu ini. 2. Kerajaan negeri Melaka sentiasa membantu dan sama sama berganding bahu untuk memastikan seni silat melayu terus diwarisi dan dikembangkan. 3. Bersetuju supaya program ini diadakan secara tahunan dan berterusan. 4. Meminta mengadakan bengkel silat untuk melatih pesilat wanita untuk melahirkan lebih ramai semangat Tun Fatimah dikalangan anak anak gadis dan wnita di melaka. --ikhlas dalam perjuangan..
Sunday, November 10, 2013
SELAMAT PENGANTIN BARU MOHD RADHII
Assallamualaikum dan salam perjuangan
Saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sdr Mohd Radhii bin Datuk Wira Hamdin kerana telah melangsungkan perkahwinannya semalam di kediamannya di pekan Alor Gajah..
Saya sekeluarga dan teman teman semua mendoakan semuga jodoh berkekalan dan dikurniakan zuriat yang baik..
Tahniah Mohd Radhi!!!!
Saturday, November 9, 2013
LATIHAN PELARASAN JURUS PSSKS SEMPENA MAJLIS DEMONTRASI PENCAK SILAT HOL MUHARAM
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah pada malam ini telah berlangsung program latihan penyelarasan jurus perguruan untuk dipersembahkan semasa majlis pencak silat hol muharam pada 16.11 ini bertempat di PLKN Asahan.
Persiapan tempat dan jemputan telah siap sedia dan hanya menunggu hari jadi tersebut.
PSSKS amat bersedia dan sentiasa berusaha bagi memastikan kelancaran program kali ini berjalan dengan baik dan teratur.
Semuga segala usaha ini akan dilindungi dan diredhai Allah.
TERIMAKASIH SEMUA
Thursday, October 31, 2013
PERBINCANGAN HOL MUHARAM
Assallammualaikum
Alhamdulillah malam ini telah berlangsung mesyuarat dikalangan JK Kerja di ruang makan Mydin Jasin utk melicinkan majlis pencak silat hol muharam yang akan diadakan pada 16 November nanti di PLKN..
Pelbagai perkara telah dibincangkan utk memastikan kelancaran dan kejayaan program hari tersebut.
Semuga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh dan teguh..
Tahniah semua...
Wednesday, October 30, 2013
ATURCARA PROGRAM HOL MUHARAM
- Suhaizan bin Haji Noh : 012-3311452
- Sulaiman bin Othman : 013-6917902
- Mohd Iham bin Md Aris : 017-6459336
Friday, October 25, 2013
PERSIAPAN HOL MUHARAM
Assallammualaikum..
Sekarang ahli persilatan PSSKS sedang sibuk untuk penyediaan akhir bagi sambutan hol kali ini..bajet sedang dalam fasa akhir iaitu penentuan utk menampung bajet tersebut.
semangat kerjasama dan gotong royong perlu ada bagi memastikan kejayaan hol muharam ini dikecapi bersama sentiasa..
terimakasih semua sahabat yg memberi idea utk kita meneruskan perjuangan ini..
Monday, October 14, 2013
SELAMAT AIDIL ADHA
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan.
Alhamdulillah .. bersyukur kita dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu lagi AidilAdha yang penuh keberkatan lagi kesucian. Kita sememangnya menantikan hari kemenangan ini untuk sama sama kita menginsafi diri dan memandang diri ini sejauh mana erti pengorbanan kita hayati dan amalkan sepanjang hidup kita ini.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Kebesaran Allah kita puji-pujikan untuk kita sama sama memastikan keagunganNya menaungi limpah rahmat hidup kita supaya kita menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah yang fana' ini. Kita bukan seorang insan atau khalifah yang sempurna tetapi kita berusaha kerarah kesempurnaan yang haq.
Selagi kita berpegang kepada tali Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Al Quran selagi itu kesesatan akan jauh dari hidup kita. Namun apapun langkah atau pendirian kita dalam mengecapi nikmat hidup ini kita pasti dituntut untuk melakukan pengorbanan kerana setiap kejayaan pasti bermula dengan kesusahan.Dan setiap kesusahan itu pasti dilalui dengan usaha doa dan tawakal.Dan apabila kita melalui proses tersebut maka pengorbanan itu amat dituntut dan perlu dijalankan dengan ikhlas iman dan taqwa.
Kita berdoa semuga muslimin dan muslimat yang kini sedang wukuf dipadang arafah yang juga sedang menggerjakan haji agar mereka diberi kemudahan dan kesenangan untuk menjalankan ibadah.
Kita berdoa agar mereka diberikan pahala haji yang mabrur dan kembali ke tanahair kepangkuan keluarga dengan selamatnya.
Semuga pengurbanan kita untuk membuang segala sifat mazmumah dalam diri akan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir Batin








.jpg)