Wednesday, December 18, 2013
PERBINCANGAN DEMONTRASI SILAT DI BANGI SELANGOR
Tuesday, December 17, 2013
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.
Khutbah terakhir Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Tuesday, December 3, 2013
APA ITU WAFAQ...
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN..
MARI KITA LIHAT DAN SAMA SAMA KEDUDUKAN WAFAQ DALAM ISLAM
Ada 3 hadis / riwayat tersohor berkenaan wafaq ini iaitu:-
1) Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah S.A.W sedang berada di atas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu Baginda bersabda kepada lelaki itu..."Apa yang ada pada leher mu itu..?" Jawab lelaki itu..."Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya Rasullullah...!" ...setelah orang itu berlalu, Ali bertanya.."Yaa Rasullullah, tidakkah engkau melarangnya...?" Sabda Rasul S.A.W.... "TIDAK MENGAPA...KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH..."
2) Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan di dengar oleh Rasullullah S.A.W...Lelaki itu mengatakan: "AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA" Nabi S.A.W bersabda kepadanya....'APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?"...dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah S.A.W...dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai... (HR MUSLIM).
3) Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah S.A.W melihat seorang lelaki dari kaum Ansar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda...."Apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu...." Jawab lelaki itu "Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq).. Rasullullah S.A.W..." Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat kepada orang itu" (HR Ibnu Abbas)
Monday, December 2, 2013
JADUAL LATIHAN TERKINI
HARI : JUMAAT ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA RAHIM BIN TUAN GURU RAHMAN
2. GELANGGANG PONDOK BATANG ,
HARI : SELASA DAN JUMAAT ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS
3. GELANGGANG FELDA TUN GHAFAAR BUKIT SENGGEH ,
HARI : SABTU DAN ISNIN ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA SULAIMAN BIN OTHMAN
4. GELANGGANG NYALAS ,
HARI : RABU DAN SABTU ,
MASA : 8.30 MALAM
JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS
Friday, November 29, 2013
MESYUARAT PESAKA LEDANG
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Tahniah kepada Tok Karim kerana mengadakan mesyuarat Pesaka Daerah Ledang untuk menganjurkan program Kejohanan Pencak Silat Seni Daerah Ledang/Muar..
Semuga usaha ini akan berterusan utk sama sama memartabatkan seni silat warisan bangsa kita yang berharga ni..Tahniah semua pendukung silat Melayu...
Thursday, November 28, 2013
MESYUARAT POST MORTERM HOL MUHARAM DAN AKTIVITI TERDEKAT
Meayuarat post morterm hol muharam dan perbincangan aktiviti terdekat telah diadakan di kediaman Tuan Guru Utama Rahman Hamid..alhamdulilah mendapat feedback yang positif dikalangan yang hadir.
1. Post Morterm Hol Muharam
a. Kewangan
b. Perjalanan Majlis
c. Penginapan
d. Komplen atau teguran dan nasihat
2. Aktiviti terdekat
a. Mesyuarat dengan Pesaka Ledang pd 30.11.2013
b. Mesyuarat dgn DSSM di Tasik Titiwangsa
c. Pembukaan gelanggang di Kg 8 Melaka
d. Mandi apung utk gelanggang Nyalas dan Pondok Batang
e. Majlis penyampaian sijil
Kami berharap segala apa yang dibincangkan akan mendapat keberkatan dan memberi kekuatan ukhuwah dan persaudaraan dilalangan kami...InsyaAllah...
Wednesday, November 27, 2013
Monday, November 25, 2013
TERIMAKASIH MELAKA HARI INI
Wednesday, November 20, 2013
ASAL USUL SUNAN BONANG
Ada yang mengatakan Dewi Condrowati itu adalah puteri Prabu Kertabumi. Dengan demikian Raden Makdum adalah seorang Pangeran Majapahit karena ibunya adalah puteri Raja Majapahit dan ayahnya menantu Raja Majapahit.
Monday, November 18, 2013
MAJLIS HOL MUHARAM
1. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KOTA SENDENG -ALAMAT : ASAHAN MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ABD RAHMAN HAMID -PENYERTAAN : 150 ORANG
2. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA -ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN -PENYERTAAN : 29 ORANG
3. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG PANJI MASAI JOHOR -ALAMAT : KG CAHAYA BARU MASAI JOHOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA TUAN RAMLI BIN AHMAD -PENYERTAAN : 40 ORANG
4. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI -ALAMAT : TNB KAPAR KELANG -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA CHE HASHIM BIN CHE JAAFAR -PENYERTAAN : GELANGGANG TNB KAPAR KLANG / SUNGAI BULOH KUALA SELANGOR/MUAZAM SHAH PAHANG.
5. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI PUTERA LEDANG -ALAMAT :KG PAYAMAS TANGKAK -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA IMAM MOKHTAR OSMAN -PENYERTAAN : 40 ORANG
6. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK PANCA -ALAMAT : TAMAN BUKIT PERDANA BATU PAHAT - NAMA GURU : MAHAGURU SAMSON - PENYERTAAN : 15 ORANG
7. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HARIMAU BERANTAI SANG PENAKLOK -ALAMAT : KUALA SELANGOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA -PENYERTAAN : 15 ORANG
8. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HULUBALANG MALAYSIA -ALAMAT : KAMPUNG GADEK ALOR GAJAH -NAMA GURU : TUAN GURU SOBARU -PENYERTAAN : 29 ORANG
9. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CAHAYA D'LIMA -ALAMAT : BAKRI MUAR JOHOR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SYEIKH MAULANA ABDULLAH SANI HJ HASHIM -PENYERTAAN : 20 ORANG
10. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA -ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN -PENYERTAAN : 29 ORANG
11. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CEKAK MALAYSIA -ALAMAT : TAMAN MURAI DURIAN TUNGGAL -NAMA GURU : TUAN GURU SHAM BIN GHANI -PENYERTAAN : 20 ORANG
12. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK TEPAT MALAYSIA -ALAMAT : UMBAI MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA AZIZ -PENYERTAAN : 20 ORANG
13. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG MALAYSIA -ALAMAT : DUYONG MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU MASRYZAL -PENYERTAAN : 20 ORANG
14. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KILAU CENDANA -ALAMAT : ALOR GAJAH MELAKA -NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ROSTAM BIN MOHAMAD -PENYERTAAN : 20 ORANG
Objektif : Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.
Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.
Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.
Aturcara
4.30 Petang : Pendaftaran peserta 6.30 Petang : Jamuan makan malam bermula 7.15 Malam : Solat Maghrib Berjemaah 8.00 Malam : Taklimat Majlis 8.15 Malam : Solat Isyak berjemaah 9.00 Malam : Majlis Perasmian - ucapan Alu aluan - bacaan doa - ucapan YDP Perguruan Seni Silat Kota Sendeng - ucapan perasmian YB Datuk Hajah Norpipah Abdol 9.45 Malam : Pencak Silat bermula 2.00 pagi : Bersurai
Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah
1. Tahniah kepada persatuan seni silat kota sendeng kerana berjaya mengadakan majlis seni silat melayu ini. 2. Kerajaan negeri Melaka sentiasa membantu dan sama sama berganding bahu untuk memastikan seni silat melayu terus diwarisi dan dikembangkan. 3. Bersetuju supaya program ini diadakan secara tahunan dan berterusan. 4. Meminta mengadakan bengkel silat untuk melatih pesilat wanita untuk melahirkan lebih ramai semangat Tun Fatimah dikalangan anak anak gadis dan wnita di melaka. --ikhlas dalam perjuangan..
Sunday, November 10, 2013
SELAMAT PENGANTIN BARU MOHD RADHII
Assallamualaikum dan salam perjuangan
Saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sdr Mohd Radhii bin Datuk Wira Hamdin kerana telah melangsungkan perkahwinannya semalam di kediamannya di pekan Alor Gajah..
Saya sekeluarga dan teman teman semua mendoakan semuga jodoh berkekalan dan dikurniakan zuriat yang baik..
Tahniah Mohd Radhi!!!!
Saturday, November 9, 2013
LATIHAN PELARASAN JURUS PSSKS SEMPENA MAJLIS DEMONTRASI PENCAK SILAT HOL MUHARAM
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah pada malam ini telah berlangsung program latihan penyelarasan jurus perguruan untuk dipersembahkan semasa majlis pencak silat hol muharam pada 16.11 ini bertempat di PLKN Asahan.
Persiapan tempat dan jemputan telah siap sedia dan hanya menunggu hari jadi tersebut.
PSSKS amat bersedia dan sentiasa berusaha bagi memastikan kelancaran program kali ini berjalan dengan baik dan teratur.
Semuga segala usaha ini akan dilindungi dan diredhai Allah.
TERIMAKASIH SEMUA








.jpg)
.jpg)
.jpg)




