Wednesday, April 23, 2014

FESTIVAL PENDEKAR 2014 NEGERI MELAKA


RUJUKAN BLOGS SILA KLIK DI http://sigmamelaka.blogspot.com/

Festival ini akan menghimpunkan pengamal, pengkaji dan peminat seni kebudayaan tamadun Melayu Nusantara dari dalam dan luar negara bertujuan merapatkan silaturrahim sesama kita dan menjadi model kepada generasi baru dalam mewarisi seni pusaka bangsa Melayu. Penganjuran festival ini juga selari dengan ulang tahun ke 6 sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang acara kemuncaknya akan diadakan pada 15 April, 2014. 

 Festival ini merupakan kesinambungan kepada suatu program Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka 2012 yang telah dijayakan buat julung kali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam dan PERZIM pada 25 November, 2012 di Auditorium Kolej Yayasan Melaka (Seminar Wacana Ilmu) dan pada 2 Disember, 2012 di perkarangan Istana Kesultanan Melaka. Kehadiran peserta dari dalam dan luar negeri seramai 2000 orang tidak termasuk pelancong yang sedia ada di kawasan tersebut.

   

ANJURAN BERSAMA 

·         Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA) 

DENGAN KERJASAMA
·           Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka)
·        Kerajaan Negeri Melaka
·         Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
·         Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
·         Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
·         Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
·         Jab. Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka (JKKN)
·         Biro Promosi Pelancongan (BPP)
·         Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
·         Pusat Transformasi Bandar (UTC Melaka)
·         Kementerian Pelancongan Malaysia
TARIKH DAN TEMPAT FESTIVAL
·         10 & 11 Mei, 2014  (Sabtu & Ahad) – Perkampungan Hang Tuah, Kg. Duyong, Melaka


PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
1.       Perguruan-perguruan  Silat  Negeri Melaka
2.       Badan PENDIRI  PESAKA
3.       Perguruan-perguruan Silat seluruh  Malaysia
4.       Perguruan-perguruan Silat luar negara
5.       Penuntut IPTA / IPTS tempatan
6.       Peminat, penggiat dan peneliti seni pendekar & busana tempatan/luar negara
7.       Jabatan dan Agensi Kerajaan Malaysia

 ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA (10 MEI, 2014)

Masa
Lokasi
Acara
8:30 am
Perkarangan HTC
Pendaftaran peserta wacana ilmu & peserta pertandingan dan mengambil tempat dalam auditorium HTC
9.00 am
Dewan Auditorium HTC
Majlis perasmian pembukaan festival
11:00am-5:00pm
Dewan Auditorium HTC
Wacana Ilmu Memartabatkan Jatidiri Kemelayuan
Bicara 1
“Kerajaan Melayu di Nusantara – Gemilang Dalam Gelap ”
Oleh YBhg. Dr. Mohd Muzammil Mohd Nor – Pensyarah kanan Sejarah, USM

Bicara 2
“Jatidiri Melayu”
Oleh YBhg. Tun Suzana Tun Othman – aktivis Sejarah dan pengasas NGO KEMUDI

Bicara 3
“Konsep dan Falsafah Busana Melayu”
Oleh Y.Bhg Puan Zubaidah bte Sual – pengkaji busana Melayu

Bicara 4
“Busana Pahlawan Melayu”
Oleh Y.Bhg En. Johan Iskandar – pengasas & aktivis portal Keriswarisan.com

11:00am-11:00pm
Gelanggang Silat Rumah Lima Pahlawan
Acara serentak sepanjang hari :

1) Pertandingan silat seni Nusantara
2) Pertandingan sukan tradisi rakyat
    (memanah, sepakraga, congkak)
3) Pertandingan solek setanjak/destar
4) Pertandingan fesyen busana tradisi
5) Demonstrasi  & pertandingan memanah
6) Demonstrasi membuat senjata dan busana tradisi
7) Gerai pameran dan jualan
11:00pm
Hang Tuah Centre
Bersurai



5.0          ATURCARA PROGRAM HARI KEDUA (11 MEI, 2014)

Masa
Lokasi
Acara

8:30am

Perkarangan HTC

Pendaftaran pasukan persembahan dll.
9:00am-3:00pm
Gelanggang silat HTC
Acara serentak sepanjang hari :
1) Persembahan silat seni Nusantara
2) Persembahan tarian kebudayaan
3) Permainan sukan tradisi rakyat
    (memanah, sepakraga, congkak)
4) Demonstrasi pembuatan setanjak/destar & busana tradisi
5) Demonstrasi memanah
6) Demonstrasi membuat senjata tradisi
7) Gerai pameran dan jualan
3:00am-5:00pm
Gelanggang Silat Induk
Majlis Perasmian Penutup Festival:

1) Peserta festival mengambil tempat
2) Ketibaan YAB Ketua Menteri dan dif kehormat
3) Ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur bersama
4) Ucapan perasmian penutup Festival
5) Gimik perasmian & persembahan khas
6) Penyampaian hadiah pertandingan
7) Penyampaian sijil & anugerah khas
8) Sesi Bergambar & Bersurai


PENDAFTARAN PESERTA
1.       Yuran penyertaan untuk semua acara adalah PERCUMA.
2.       Peserta yang telah menghantar borang pendaftaran kepada sekretariat hendaklah melapor diri di kaunter pendaftaran urusetia pada pagi 10/5//2014. Tag khas bernombor siri akan diberi kepada mereka yang mendaftar sahaja.
3.       Peserta pertandingan silat seni mestilah mendaftar secara  Pasukan yang terdiri  dari sekurang-kurangnya seramai  6 orang pesilat  sama ada  lelaki atau  wanita tidak termasuk ketua pasukan/jurulatih. 
4.       Penyertaan pertandingan sukan rakyat terbuka kepada individu dan kumpulan.
5.       Pemenang pertandingan fesyen busana tradisi akan dipilih secara rambang sepanjang Festival oleh panel juri yang akan memerhatikan setiap peserta yang telah mendaftar dan mempunyai tag bernombor siri.
6.       Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 1/5/2014 melalui kaedah berikut :
·        Secara pos atau serahan tangan kepada :
Sekretariat, Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014
d/a Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Lot 144, Kompleks Niaga Dataran Bukit Baru, 75150, Melaka

Tel : +6 012 682 0460 (Abu Huzaifah)
        +6 016 238 7500 (Omar A Rahman)
        +6 013 367 5258 (Fazrul Nieyzam)
        +6 010 789 4012 (Mohd Heirman)
·        Melalui email ke princezai@gmail.com atau zai@hasro.net
·        Melalui fax ke +6 03 6207 5792
Pihak sekretariat berhak menolak sebarang pendaftaran berdasarkan kriteria tertentu.
7.       Pendaftaran peserta dan taklimat akan dibuat di perkarangan Hang Tuah Centre, Duyong, Melaka seperti maklumat berikut:

Hari Pertama (10 Mei, 2014)                                                                          
Pendaftaran Wacana Ilmu & Pertandingan : 8.30 Pagi
Acara Pertandingan : 11.00 Pagi - 11.00 Malam
Wacana Ilmu : 11.00 Pagi – 5.00 Ptg
Hari Kedua (11 Mei, 2014)
Pendaftaran Sesi Persembahan : 8.30 Pagi
Acara Persembahan : 9.00 Pagi – 3.00 Ptg.


KATEGORI PERTANDINGAN :
KATEGORI
PENYERTAAN
MASA PERSEMBAHAN

SENI PERSEMBAHAN SILAT KREATIF

Berpasukan
Lelaki / Wanita

7 Minit / Pasukan

SUKAN RAKYAT


Berpasukan / Individu
Lelaki / Wanita




SUBJEKTIF

1. Congkak & Batu Seremban
2. Sepakraga Bulatan / Cap The

3. Memanah
4. Solek Setanjak

FESYEN BUSANA

Individu
Lelaki/Wanita/
Kanak-Kanak


SUBJEKTIF
1. Kategori Lelaki
2. Kategori Wanita
3. Kategori Cilik


KETETAPAN MASA
Pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang kedua oleh Ketua Pertandingan, pasukan yang berkenaan akan dikira menarik diri.

PAKAIAN
Semua peserta yang menyertai pertandingan diwajibkan memakai busana bercirikan tradisi Melayu atau Pendekar Nusantara. Markah akan dikira pada  busana yang digunakan.

HADIAH-HADIAH
Hadiah untuk pertandingan akan diberikan sebagaimana berikut :-
Seni Persembahan Silat Kreatif
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Sukan Rakyat (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Fesyen Busana (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala


MAKLUMAT AM
1.       Makan & minum  akan disediakan oleh Penganjur untuk 10 orang bagi setiap Pasukan yg menyertai pertandingan.
2.       Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu pihak penganjur sedia membantu urusan mendapatkan penginapan yang sesuai bagi peserta. Pengangkutan peserta ke tempat kejuaraan dan pengangkutan dalaman  adalah tanggungan   sendiri.
3.       Pihak penganjur akan melantik seorang Ketua Pertandingan dari Lembaga Teknikal Wasit-Juri Negeri Melaka sebagai Ketua Pertandigan. Pihak penganjur akan memilih Juri-juri yang berkelayakan dan difikirkan layak sahaja untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut.
4.       Tiada Bantahan serta permohonan Bantahan akan diterima oleh kerana festival ini adalah bersifat Program muhibbah dan sukan budaya.
5.       Semua Persatuan atau perguruan digalakkan menggunakan muzik silat sebenar dari pasukan sendiri atau pihak penganjur dan hanya menggunakan kaset atau CD sekiranya perlu.
6.       Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas segala kecelakaan dan kecederaan yang disebabkan oleh kelalaian atau sebaliknya dan pihak perserta atau persatuan hendak memastikan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan adalah layak bertanding dan sihat tubuh badan.
7.       Pasukan yang didapati menyebabkan atau membuat huru hara serta kekacauan akan dibatalkan penyertaannya serta merta. Tiada sebarang tuntutan  dan bantahan akan dilayan.



MAKLUMAT PERHUBUNGAN AJK KERJA PROGRAM
Pengarah Program                                 : Abu Huzaifah Hashim - 0126820460
                                                               Omar A. Rahman - 0162387500
                                                               Puan Bibi Aishah – 0176739449
Tim. Pengarah                                        : Fazrul Nieyzam b Chairul Akbar – 0123967807
Sekretariat                                              : Mohd Heirman Ishak – 0107894012
Bendahari                                              : Kamarul Anuar Talib – 0132628575
Urusetia Pendaftaran & Promosi              : Mohd Aizudin (P.S.S Cekak Malaysia) – 0104342039
   Hisamudin Jalil (P.S.S Cekak Harimau) – 0126235635
Urusetia Wacana Ilmu                              : Prof. Madya Mohd Arif (P.S.S. Gayong Fatani) – 0196687420
Urusetia Pertandingan/Persembahan        : Masrizal Rahmat (P.S.S. Warisan Sendeng) – 0137302010
                                                                Suhaizan Hj Noh (P.S.S. Kota Sendeng) – 0123311452
Urusetia Sukan Rakyat                            : Norhizad Mustapha – 0196859911
                                                               Rashidi Mohd Rashid - 0172260916
Urusetia Memanah / Busana                   : Aziz b Md Said (P.S.S Gerak Tepat) – 0173965177
Urusetia Pameran/Gerai                         : Rozaini b Kamar (P.S.S. Pancha Laksamana) – 0137539123
Urusetia Sambutan/Protokol                   : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
  PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Perasmian & Penutup                : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
    PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Makanan                                    : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
     PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Keselamatan&Tugas Khas          : P.S.S. Lembayong Pelangi – 0184664373 / 0166334303
Urusetia Logistik                                      : P.S.S. Harimau Bentara Garang - 0126820460
Urusetia Tapak & Infrastruktur                    : P.S.S. Pancha Laksamana - 0107894012
                                                                P.S.S. Gersaka Melaka - 0133675258


Borang Penyertaan sila click Link di bawah : 
https://www.dropbox.com/s/8k19y00vum5t9dy/Borang%20Penyertaan%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Kit Edaran Festival sila click Link berikut :
https://www.dropbox.com/s/y7tq3pjv1kcxxor/Kit%20Edaran%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Link utk Facebook Event : (mohon click Going di sini utk pemantauan kami) 
https://www.facebook.com/events/257985524379727/

Sunday, April 20, 2014

TAHNIAH SIGMA..MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Tahniah kepada SIGMA ataupun Persatuan Guru Guru Silat Melaka kerana berjaya mengadakan mesyuarat Agung kali pertama di dataran bukit baru pada 19 April 2014 jam 9.00 malam

Perguruan Seni Silat Kota Sendeng telah diwakili oleh Kekanda Amin, Kekanda Zul dan saya sendiri.

Terimakasih juga diucapkan kepada SIGMA kerana telah melantik Tuan Guru Utama Rahman selaku ahli majlis utk sama sama memantapkan persatuan ini. Ini adalah satu penghurmatan yang jelas kepada seni silat kota sendeng apatah lagi Setiausaha Persatuan Seni Silat Kota Sendeng telah dilantik sebagai AJK Sigma.

InsyaAllah kami di Asahan akan cuba membantu sedaya upaya untuk memastikan SIGMA berjaya dan dapat membantu merancakkan aktiviti silat di negeri Melaka..

Tahniah semua...

Friday, April 11, 2014

ALLAHYARHAM MOKHTAR OSMAN

Assallammualaikum dan salam perjuangan...

pagi jumaat yang dingin pd 11 April 2014 saya dikejutkan dengan berita pemergian selamnya meninggalkan dunia baqa ini iaitu Tuan Guru Utama Seni Silat Panji Putera Ledang Tangkak dan juga pasukan gendang panji Allahyarham Imam Mokhtar Osman yang merupakan seorang penggiat silat yang gigih dan berwibawa..

terasa hiba dihati kerana kehilangan guru tua ini kerana sifat keramahan dan kerendahan diri beliau menampakkan beliau seorang guru yang berakhlak dan tinggi ilmunya...

beliau juga merupakan imam satu masjid kg payamas dan dan menjadi pakar rujuk dikalangan penduduk kampung..

semuga Allah merahmati dan melindungi ruh beliau di sana...semuga beliau tenang disisiNya.
Amin...

Majlis Bacaan Al Quran dan Selawat (10April2014)

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah...terimkasih kepada semua anak anak perguruan yang hadir di rumah Tuan Guru Utama yang telah sama sama menyempurnakan majlis bacaan ayat ayat al quran dan selawat pada malam tersebut.

Tuan Guru amat gembira dan berbesar hati acara tersebut dijalankan dan ini memberi peluang kepada anak anak perguruan utk bermesra dan mengenali tuan guru utama dengan lebih rapat lagi.

Majlis telah didahului dengan ucapan alu aluan dari Kekanda Suhaizan Haji Noh dan majlis berjalan dengan tenang dan teratur..

Tuan Guru utama dalam ucapannya mengharapkan anak perguruan agar terus gigih mempelajari seni silat dan jiga menjaga akhlak dan sentiasa membaca al quran.

Kekanda Amin juga menyeru anak anak perguruan supaya sentiasa menghurmati antara satu sama lain dan sentiasa menghurmati guru dan rakan seperguruan.

Kami amat berasa gembira dan banyak perkara baru yang diketahui berkaitan silat kota sendeng berkaitan sejarah dan falsafah silat ini..kata hafizi dari gelanggang silat kg Abbey berkaitan majlis ini..

Semuga PSSKS akan terus mengadakan majlis sebegini untuk kebaikan anak anak PSSKS.

TAHNIAH

Thursday, April 10, 2014

MAJLIS BACAAN AYAT AYAT AL QURAN DAN SELWAT

Assallammualaikum

Dijemput anak anak perguruan untuk hadir sama dalam majlis bacaan ayat ayat al quran dan selawat untuk keberkatan dan keredhaan dari Allah jua syafaat dari nabi Muhammad SAW.





Wednesday, April 9, 2014

KISAH PEMUDA YANG DITUNDA KEMATIANNYA OLEH ALLAH SWT

Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda.
Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim,
dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?” “Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.” “Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan
perkahwinannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti.

Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan
menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh
melangsungkan perkawinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun,
Nabi Ibrahim bertanya
kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak
akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. “Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk
tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya, Muhammad bahwa sedekah
itu dapat memanjangkan umur.

Jadi, sesuatu yang dapat
menunda kematian, itu adalah…sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling
Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu memberi pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan
oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.

Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan
memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Khusnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampun oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil
mempersiapkan kematian pada masa mendatang.

Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.Bukan wang semata dikira sedekah.Ilmu berguna yg diajar,peluang yg dibuka unt org yg memerlukan menca ri sumber rezeki malah senyum yg membuat org gembira adalah dikira sedekah........

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda
Rasulullah SAW)

TAZKIRAH HARI INI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 9 Jdl. Akhir 1435H)
Lelaki...

Lelaki mengikut definisi ulama; Seseorang manusia yang melepasi tahap baligh dan mumaiyiz. Definisi ini tidak digunakan dalam perbahasan mirath (harta perwarisan) yang tidak membezakan antara dewasa atau kanak-kanak.

PENCERAHAN :
“...Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”.
(QS,Ali Imran 133-134).

LELAKI YANG SOLEH :
1. Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat lima waktu, zakat dan puasa. Kemudian dia menambahkan yang sunat-sunat.
2. Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa-dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta anak yatim, riba, derhaka kepada orang tua dan lain-lain.
3. Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia akan mencegahnya.
4. Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas untuk berbuat yang lebih baik.
5. Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk sentiasa bangun pada malam hari.
6. Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
7. Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kpd ahli keluarganya.
8. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya.
9. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika berjauhan dari keluarganya pu
n dia tetap baik.
10. Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi hanya takut kepada Allah yang selalu mengawasinya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “.
(HR: At-Tharbawi dan Al-Hakim)

LELAKI YANG BAIK :
1. Sentiasa memakai pakaian yang sopan, kemas dan rapi. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu berpakaian ke pejabat atau bersukan.
2. Seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga teratur dan skema habis !
3. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Setia dengan pasangannya walaupun dia mempunyai ramai kenalan perempuan. Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulannya pula biasanya sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. Seorang yang 'Family Man'
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa kecemasan. Relax saja...

KESIMPULAN :
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Lelaki yang baik tidak semestinya soleh. Tetapi lelaki yang soleh semestinya baik. Lelaki yang pergi masjid belum tentu soleh. Tetapi lelaki yang soleh pasti ke masjid. Oleh itu menjadi lelaki yang soleh seharusnya menjadi target kita kerana KPI ini telah ditetapkan Allah SWT.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah dan soleh Ust Kay.

Sunday, April 6, 2014

Kursus Intensif Asas PSSKS pada 27-28 Mac 2014

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Terimakasih diucapkan kepada semua sahabat yang bersama dalam kursus intensif asas PSSKS yang telah diadakan pada cuti sekolah yang lepas iaitu pada 27 dan 28 Mac 2014 di kem saujana MSN Asahan Melaka.

Banyak ilmu berguna yang dipelajari sepanjang bersama dengan jurulatih pewaris bunga padi. disamping itu juga kita dapat bertukar tukar pandangan dan idea untuk sama sama memantapkan pergerakan dan jurus persilatan kami.

Semuga segala yang diusahakan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.

Alhamdulillah...terimaaksih semua.