Tuesday, March 7, 2017

ISU KOREA UTARA .. SILA BELAJAR HORMATI NEGARA LAIN


 
 
LAWAK ANTARABANGSA

Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?

Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara. 

Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan. 

Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon. 

Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia. 

Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik? 

“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara. 

Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam. 

Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.

“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang. 

Siapakah lawak antarabangsa sekarang?

- Ayman Rashdan Wong -
(SUMBER FB - PATRIOTS)

Sunday, December 4, 2016

5.12.2016 KERTAS KERJA MALAM ASPIRASI SILAT NUSANTARA KE 2




WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Dengan kesedaran itu kami PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG, mengadakan Malam Aspirasi Silat Nusantara bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

B. ANJURAN
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng

C. TARIKH / MASA / TEMPAT
1. Tarikh : 30 Disember 2016

2. Masa : 8.00 malam

3. Lokasi : Kem Lagenda PLKN Asahan

D. PESERTA

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
BILANGAN AHLI
1
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
50
2

 
   
3

 
 
4

 
 
5

  
 
6

 
 
7

 
 
8

 
 
9

 
   
10

 
 

**** JEMPUTAN

E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah

F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penasihat : Y.B Datuk Seri Hj Abd Ghafaar Atan
 
Pengerusi : Encik Rahim bin Abd Rahman

Naib Pengerusi : Encik Mohd Iham bin Aris

Setiausaha : Encik Suhaizan bin Haji Noh

Bendahari : Encik Sulaiman bin Othman

Jawatankuasa Urusetia/Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Keselamatan / Pertolongan Cemas

Jawatankuasa Publisiti / Penerangan

Jawatankuasa Fotografi / Dokumentasi

Jawatankuasa Jamuan / Makanan

G. TENTATIF PROGRAM

Majlis Perasmian dan Demontrasi Waja Diri

8.00 : Tetamu VIP mengambil tempat

8.10 : Persembahan Nyanyian

8.20 : Ucapan alu-aluan

8.35 : Ucapan Tuan Guru Rahman bin Hamid

8.45 : Ucapan Perasmian – YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Haji Atan

9.00 : Seni Buka Gelanggang

9.10 : Demontrasi Waja Diri


BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
MASA
1
   
 
15 minit
2

 
15 minit
3
   
  
15 minit
4
   
 
15 minit
5
   
 
15 minit
6

 
15 minit
7

 
15 minit
8

 
15 minit
9

 
15 minit   
10

 
       15 Minit

11.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata

11.45 : Jamuan

12.00 : Bersurai

H. ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

BIL
PERKARA
RM
BIL
RM

   






I
Pendapatan









a
Sumbangan Belia


 
b
Lain-lain Sumbangan


 

Jumlah


 


   



II
Perbelanjaan










Jamuan
 
 
 







PA Sistem
 
 







Cenderamata VIP
 







Selendang Amanah







Rakaman / Gambar
 







Kain Rentang







Luar Jangka


   




T Shirt

   
   





























































 




 
   

   











I. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA

BERGERAK

WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

DISEDIAKAN OLEH :


(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK ,BKT,PBB )

Setiausaha

017-6876799 , 06-5291245 . 06-5293537(faks)










































Thursday, December 1, 2016

MAJLIS HOL MUHARAM SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA

16.10.2016
8.00 MALAM
GUNUNG LEDANG RESORT , SAGIL JOHOR

PSSKS TELAH HADIR KE MAJLIS HOL MUHARAM ANJURAN PERGURUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA BERSAMA DENGAN PELBAGAI ALIRAN PERSILATAN YANG LAIN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SENI SILAT PANJI RIA KERANA SUDI MENJEMPUT KAMI DAN BERSILATURRAHIM.
MAJLIS TELAH BERJALAN DENGAN JAYANYA..






SEMUGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

SUDAH AGAK LAMA TIDAK MENGEMASKINI MAKLUMAT DAN AKTIVITI DIDALAM BLOGSPOT INI. MUNGKIN KERANA KEKANGAN MASA DAN JUGA KEMUDAHAN INTERNET YANG TERBATAS.

INSYAALLAH AKAN CUBA DI KEMASKINI DENGAN CERITA DAN MAKLUMAT AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN , AKAN DIJALANKAN ATAU SEDANG DIJALANKAN.

NAMUN KITA SENTISASA MENDOAKAN AGAR TUAN GURU UTAMA DAN SEKALIAN JURULATIH AKAN SENTIASA SIHAT DAN CERIA DEMI PERJUANGAN MEMANTAPKAN KOTA SENDENG TERUS TERPELIHARA..

ALHAMDULILLAH


ADMIN
WEBLOGS
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
MELAKA



Sunday, November 22, 2015

20/11/2015 PEMBUKAAN GELANGGANG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG KG LUBOK KASAU BEMBAN

20/11/2015 PEMBUKAAN GELANGGANG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG KG LUBOK KASAU BEMBAN

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH TAHNIAH KEPADA KEKANDA NOAZMAN DAN FIZILI YANG BERJAYA MEMBUKA GELANGGANG SILAT DI KG LUBOK KASAU.

SEMUGA USAHA INI AKAN BERJAYA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PENDEKAR MELAYU DAN SAMA SAMA MEMARTABATKAN SENI SILAT WARISAN BANGSA..

BERSAMA KITA BERDOA AGAR ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI PERJUANGAN KITA INI..

AMIN







Monday, November 16, 2015

TAHNIAH SENI SILAT PANJI PANGLIMA LEDANG , PAYAMAS TANGKAK JOHOR

ASSALLAMMUALAIKUM

PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG ASAHAN MELAKA MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TAHNIAH KEPADA PANJI PUTERA LEDANG KERANA BERJAYA MENERUSKAN PERJUANGAN PERSILATAN DI TANGKAK DENGAN PEMBUKAAN DAN PEMASYURAN GELANGGANG DI PAYAMAS DAN BARISAN PEWARIS DAN GURU GURU.
TAHNIAH KEPADA GURU ABD LATIF BIN MD ELLAH DAN SEMUA YANG TERLIBAT..
ALHAMDULILLAH 
TAHNIAH





Monday, November 2, 2015

TAHNIAH PANJI RIA MALAYSIA PEMBUKAAN GELANGGANG TELOK MENENGON SELANGOR

31.10.2015

PERASMIAN GELANGGANG SILAT PANJI RIA MALAYSIA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN GURU UTAMA SHAM BIN ABD RAHMAN DISAKSIKAN OLEH JURULATIH DAN PIMPINAN KAMPUNG TELOK MENENGON , SHAH ALAM SELANGOR.

KETUA GELANGGANG ADALAH CIKGU AMIR DAN CIKGU NIK NAZLI SELAKU JURULATIH.DIANGGARKAN 40 ORANG MURID DI GELANGGANG TERSEBUT.

KAMI DOAKAN AGAR GELANGGANG TERSEBUT TERUS MAJU DAN MENJADI CONTOH DI KAWASAN TERSEBUT.

TAHNIAH PANJI RIA MALAYSIA

Telok Menegon,Selangor
Pada 31.10.2015 Telah sempurna majlis perasmian gelanggang & malam Hol muhaaram yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Utama Sham B Hj Abd Rahman Guru Utama Persatuan Seni Silat Panji Ria Malaysia sambil disaksikan Encik Tajuddin bin Tannan Pengerusi Rukun Tetangga dan juga Tuan Haji Hassan bin Musa selaku pengerusi Perkemas/JKKP Kampung Telok Menegon.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pimpinan tempatan dan perasmian dari Tuan Guru Utama.
Tuan Guru Utama telah memukul gong sebanyak 13 kali sebagai simbolik rukun sembahyang dan juga acara memotong pulut kuning ketika menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
Persembahan dimulakan dengan persembahan silat dari Gelanggang Telok Menegon dan disusuli dengan Gelanggang Jalan Kuchai Lama.Majlis juga diserikan dengan persembahan jemputan dari Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Gelanggang Pantai Dalam dan Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan,Melaka..Acara diteruskan lagi dengan persembahan silat dari Cikgu Nik Muhamad Nazli bin Nik Abdullah Guru Malaysia yang juga jurulatih untuk gelanggang Telok Menegon.
Pesilat di Gelanggang Telok Menegon seramai 50 orang dan ketua gelanggang cikgu Amirunnizam bin Isemail.Gelanggang ini telah bermula berlatih sejak bulan Mei 2015-dengan jadual latihan setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pada jam 9.00malam & berakhir kira-bkira jam 12:30 mlm
majlis menjemput & berterimakasih atas kesudian Saudara Suhaizan Hj Noh utk melaksanakn persembahan penutupan gelanggang pd mlm itu.
"Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia akan terus membuka gelanggang bagi memberi peluang anak anak bangsa mempelajari ilmu persilatan dan mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk kejayaan gelanggang ini. mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua anak anak gelanggang yang bertungkus lumus menjayakan majlis perasmian gelanggang ini,dan menghargai segala bentuk sokongan dan bantuan dari pimpinan tempatan sehingga tertubuhnya gelanggang silat Panji Ria di kawasan ini.
Berasa teruja dan terimakasih kepada anak gelanggang kerana kekal bersemangat mengadakan persembahan walau hujan turun ketika majlis berlangsung."-TUAN GURU SHAM HJ ABD RAHMAN
Majlis juga dihadiri guru guru dan Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Panji RIA Malaysia.

End..




Sunday, November 1, 2015

MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAZLAN BIN CHAHAT

30.10.2015 10.00 PAGI

PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG TELAH DIJEMPUT KHAS UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAZLAN BIN CHAHAT YANG JUGA MERUPAKAN PEMAIN GENDANG KEPADA PERSATUAN SILAT INI.

MAJLIS PERSARAAN TERSEBUT TELAH DIADAKAN DI SEKOLAH MENENGAH SEMPANG BEKOH DAN DIJALANKAN DENGAN CIRI CIRI TRADISIONAL DAN PENDEKAR
CIKGU HAJI MAZLAN TELAH MEMULAKAN KARIER SEORANG GURU BERMULA TAHUN 80 AN DAN BERSARA WAJIB PADA TAHUN INI.

PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG TELAH MEMPERSEMBAHKAN SENI JURUS DAN PUKULAN SAMBIL DIIRINGI KUMPULAN GENDANG NURZULFAKAR.





Wednesday, October 21, 2015

MESYUARAT AGUNG PSSKS 1/2015










Silat kota sendeng warisan yang harus dipelihara
Oleh MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA
ASAHAN 11 Okt. - Seni silat kota sendeng mungkin agak asing dan jarang didengari oleh kebanyakan masyarakat umum negeri ini, namun seni silat tersebut telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1960-an.
Diasaskan di Asahan oleh Tuan Guru Sidek Jantan, sedar atau tidak, sudah lebih 50 tahun seni silat kota sendeng telah menempa nama dalam arena seni persilatan negara.
Timbalan Menteri Pelancongan dan kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan seni silat kota sendeng merupakan antara cabang persilatan negara yang menjadi sebahagian daripada warisan negara, dan ia perlu dijaga bagi memastikan entiti seni silat tersebut terus mekar di kalangan generasi akan datang.
"Seni silat kota sendeng ini perlu diangkat sebagai antara warisan teragung dalam arena persilatan negara, dan segala jasa serta sumbangan mereka harus dimartabatkan selaku wira yang tidak didendang.
"Bagi memastikan seni warisan silat kota sendeng ini dapat dikekalkan, mereka haruslah mencurahkan ilmu silat ini kepada generasi muda yang dilihat sebagai penyambung kepada warisan silat kota sendeng,"katanya.
Mas Ermieyati berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Kota Sendeng (PSSKS) Melaka di Kem Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, di sini, petang Ahad lepas.
Hadir sama, Guru Utama PSSKS Melaka, Rahman Hamid.
Katanya, semua pihak harus melihat seni silat ini sebagai antara elemen warisan negara yang harus dijaga kerana ia juga merupakan sebahagian daripada serpihan sejarah negara.
Sementara itu, seramai 28 ahli PSSKS Melaka telah terima Selempang dalam pelbagai kategori seperti Selempang PSSKS Melaka, Lambang Bunga Padi, Cula MErah, Kehormat PSSKS Melaka, Serikandi Utama PSSKS Melaka dan Serikandi PSSKS Melaka.
end

Wednesday, October 7, 2015

PERSEMBAHAN SILAT DARI GURU RUZAIDI RAHMAN





TERIMAKASIH KEPADA WAK DIDI , RUZAIDI RAHMAN ATAS LANGKAH SILAT INI DAN KAMI AMAT TERUJA DAN BERTERIMAKASIH



SEMASA MAJLIS BICARA PATRIOTISME ANJURAN SEKRETERIAT PEMBANGUNAN SILAT DUN ASAHAN MELAKA

SILAT SAMBUTAN TETAMU KEHURMAT





SAMBUTAN YB DATUK HAJAH NORPIPAH SEMASA MAJLIS ASPIRASI PATRIOTISME DI DATARAN MENARA TAMINGSARI BANDAR HILIR MELAKA..



ALHAMDULILLAH TAHNIAH KEKANDA RAHIM DAN KEKANDA SUHAIZAN...



TERBAIK KOTA SENDENG

Tuesday, October 6, 2015

TALKING POINT UNTUK PERASMI - INSYA ALLAH





ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT

1. PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG (PSSKS) MULA BERDAFTAR PADA TAHUN 2000 DI BAWAH AKTA ROS , DAN PADA TAHUN 2013 DI DAFTARKAN SEMULA SELEPAS PEMULIHAN DI BAWAH AKTA ROS.


2. SENI SILAT KOTA SENDENG INI BERMULA SEKITAR TAHUN 60AN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM TUAN GURU SIDEK BIN JANTAN DI ASAHAN. DAN SELEPAS ITU AMANAH MENERAJU PERSILATAN INI DISERAHKAN KEPADA TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID SELAKU MURID ALLAHYARHAM SEHINGGA KINI.


3. SENI SILAT INI MELALUI BEBERAPA EVOLUSI  PERUBAHAN MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN SEHINGGA KINI BERTAPAK DI NEGERI MELAKA DAN JOHOR DAN BERGABUNG DENGAN PESAKA MELAKA , PESAKA LEDANG , SIGMA MELAKA , AKSI MELAKA DAN PERSILAT JOHOR.

4. PERSATUAN INI SENTIASA MENDAPAT JEMPUTAN DARI LUAR DAN MENDAPAT KERJASAMA DENGAN DMDI DAN JAMIYYAH ISLAMIAH SINGAPURA UNTUK MENGADAKAN PROGRAM JEJAK HANG TUAH.

5. MESYUARAT AGUNG INI DIADAKAN SEBAGAI MEMENUHI TUNTUTAN ROS DAN MENJADIKAN PERSATUAN SILAT INI DIANTARA PERSATUAN YANG BERDAFTAR DAN SAH DISISI UNDANG UNDANG.


6. INI JUGA MENYAHUT SERUAN YAB PERDANA MENTERI IAITU MENGIKTIRAF SILAT SEBAGAI BENTENG NEGARA YANG KETIGA SELEPAS ASKAR DAN POLIS , JUGA MENGIKTIRAF SILAT SEBAGAI WARISAN NEGARA MALAYSIA.JUGA MENYAHUT SARANAN YAB KETUA MENTERI MELAKA IAITU BALADATUN TOYYIBATUN WARABBUR GHAFFUR , IAITU MENJADIKAN SILAT SALAH SATU WADAH SILATURRAHMI DAN MENJAGA KESIHATAN DIRI UNTUK MENJADI HAMBA YANG SEJAHTERA DALAM MEMAKMURKAN NEGERI.


7. MENJADIKAN PESILAT SEBAGAI WARGENEGARA YANG BERGUNA DAN BERDISPLIN , SETIA KEPADA NEGARA DAN CINTAKAN KEAMANAN DISAMPING MENJADI SEORANG MUSLIM YANG BERTAQWA DAN BERIMAN KEPADA ALLAH. INI ADALAH KERANA SILAT BUKAN SEKADAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI TETAPI SEBAGAI PANDUAN DAN LATIHAN UNTUK MENJAGA HATI DAN PERBUATAN. MUSUH YANG SEBENAR BUKANNYA DI LUAR TETAPI MUSUH YANG SEBENAR ADALAH DALAM DIRI KITA SENDIRI.

8. PSSKS AKAN TERUS MENGORAK LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN PERSILATAN WARISAN BANGSA DI ERA KEMAJUAN GLOBALISASI INI TANPA MENGUBAH ASAS TRADISI DAN INTIPATI RUH / SEMANGAT SEBENAR DALAM PERSILATAN INI.

9. PSSKS YAKIN DAN PERCAYA YB TIMBALAN MENTERI AKAN JUGA TERUS MEMBANTU PERSATUAN PERSATUAN SILAT DI KAMPUNG KAMPUNG DAN TERUS MEMBANTU PERSATUAN SILAT YANG TELAH LAMA BERTAPAK DAN MAJU DI NEGARA KITA , JUSTERU ITU PSSKS JUGA MEMOHON BANTUAN/SUMBANGAN KEPADA TIMBALAN MENTERI SUPAYA MEMBERI NAFAS DAN TIKET UNTUK KAMI TERUS BERSAING DI DUNIA LUAR SETANDING DENGAN SENI BELADIRI YANG LAIN.


SEMUGA SEGALANYA DI RAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH



NEGERI MELAKA AMAN SENTOSA
NEGERI YANG TERBILANG ,  SEJARAH PAHLAWAN,
MARILAH KITA MEMBUAT JASA,
USAHA YANG IKHLAS , PASTI ALLAH MAKBULKAN .

NURZULFAKAR786