Thursday, April 29, 2010

MAJLIS ZIKIR UNTUK ARWAH KAMARUL ARIFFIN DAN PAK RAHMAN JUGA SUHAIMI

GURU UTAMA ABD RAHMAN MENGETUAI ZIKIR
ANAK-ANAK PERGURUAN YANG HADIR
SHAHRIL MENERIMA SELENDANG HIJAU DARI GURU RAHMAN

HARI KELUARGA PSSKS , MANDI APUNG DI LAUT DAN UJIAN KENAIKAN SELENDANG CULA HIJAU


telah diadakan pada 16-17 april yang lepas di pantai tanjung bidara melaka..semuga ukhuwah yang terjalin akan terus utuh dan kukuh...

BULAN APRIL YANG MENCABAR

BULAN APRIL 2010 MENCORET SEJARAH TENTANG KEHILANGAN TEMAN SEPERGURUAN YANG AKRAB DAN GURU PSSKS YANG AMAT DIKASIHI..PEMERGIAN ABANG BADAL (KAMARUL ARIFFIN BIN TALIB) KE ALAM BAQA' AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA ADALAH SATU KENYATAAN YANG AMAT PAHIT UNTUK DITELAN..NAMUN KAMI REDHA SETIAP YANG BERNYAWA AKAN PERGI JUGA MENGHADAP ALLAH
LORI YANG DIPANDU ABANG BADAL
JENAZAH ABANG BADAL DIKENALPASTI OLEH SHAHRIL(GABAN)
SEKITAR PENGKEBUMIAN ABANG BADAL

PSSKS JUGA BERSEDIH DIATAS KEHILANGAN TUAN GURU TUAN SHEIKH ABD RAHMAN BIN RASHID KERANA KEMALANGAN JALANRAYA PADA 17 HB APRIL YANG LEPAS..

(ALLAHYARHAM PAK RAHMAN (TIDAK BERSONGKOK) DUDUK DISEBELAH KANAN GURU UTAMA PSSKS)

SEMUGA KEDUA-DUA RUH INI AKAN DIRAHMATI ALLAH DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN


KURUS PENGURUSAN JENAZAH PSSKS

PROGRAM INI TELAH DIJALANKAN PADA 21 MAC 2010 DI SURAU KAMPUNG MERIANG.ANJURAN BERSAMA GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN MERIANG BERSAMA LEMBAGA SURAU KG MERIANG.TERIMAKASIH RAKAN-RAKAN KERANA BERSAMA-SAMA MENJALANKAN PROGRAM INI..TAHNIAH

Wednesday, February 24, 2010

MAJLIS TITIS LIMAU - KENAIKAN JURUS KEPADA PUKULAN

BERSAMA GURU UTAMA TERCINTA

TITIS LIMAU KEMATA PESILAT

TITIS LIMAU KE MATA PESILAT

GURU UTAMA BERSAMA ABD RAZAK - JURULATIH GELANGGANG DUYUNG

GURU HASAN BERGAMBAR BERSAMA PESILT GELANGGANG DUYONG

TARIKH : 24 FEBRUARI 2010
LOKASI : GELANGGANG DURIAN TUNGGAL
MASA : 9.00 MALAM

Sunday, January 24, 2010

LATIHAN SILAT DITERUSKAN - 25/01/2010


Seperti biasa anak-anak perguruan akan menjalankan sesi latihan seni silat pada hari Ahad malam isnin. Setelah sesi pertama berakhir , maka disambung kepada peringkat kedua iaitu latihan para pembantu jurulatih dan jurulatih.Semasa memulakan latihan Guru Utama member taklimat iaitu member peluang kepada anak-anak perguruan bercula merah untuk mendapatkan penganugerahan bunga padi. Guru Utama member tempoh 3 bulan sebelum di uji dalam satu temuduga.Sesiapa yang berminat perlu menghafal doa nurbuah , Isim bu Kahfi dan Isim Isbu Bahar.Mereka juga perlu mahir dalam semua buah pukulan dalam perguruan PSSKS. Setelah itu latihan diteruskan seperti biasa iaitu buah tari 7.

MAJLIS MANDI APUNG PSSKS


Majlis mandi apung adalah salah satu majlis wajib yang perlu diadakan ketika ingin membuka gelanggang ataupun kenaikan peringkat jurus kepada pukulan. Ini adalah majlis turun temurun dan merupakan salah satu identiti PSSKS. Selain daripada mandi minyak , mandi pelimau , mandi bunga dsb mandi apung juga mempunyai identiti dan tujuan yang tersirat. Majlis ini dijalankan samada di sungai yang berarus , jeram gunung dan air laut. Tetapi pada kebiasaannya PSSKS memilih jeram gunung sebagai tempat menyempurnakan mandi apung. Air jeram di kaki gunung ledang , Asahan Melaka menjadi tempat utama kerana kebetulan perguruan ini berpusat di Relau Asahan dan berhampiran dengan jeram tersebut. Sebelum mengadakan majlis mandi apung , anak-anak perguruan perlu mempersiapkan baju latihan silat berwarna hitam berserta bengkung dan ikat kepala. Keizinan ibubapa amat penting untuk mendapat berkat ilmu dan majlis akan berjalan lancar. Anak-anak perguruan juga diminta lancar membaca surah Al Fatihah , ayatul Kursi , petikan ayat-ayat dalam surah At Taubah dan selawat nabi. Sebelum mandian dijalankan anak-anak perguruan dikehendaki berhimpun dan bersama-sama mendokan program ini berjalan dengan lancar disamping mendapat keberkatan Allah. Mandi apung adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pesilat disamping memperkukuhkan ukhuwah sesama anak-anak perguruan.Majlis ini juga perlu diketuai oleh Guru Utama Yang DiPertua PSSKS dan Pemegang Amanah PSSKS sambil dikawal oleh jurulatih-jurulatih yang telah disahkan oleh Lembaga Pewaris Beradat PSSKS.

Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Jeram Gunung Ledang Asahan Melaka
Peserta : 40 orang (Gelanggang Relau , Durian Tunggal , Kampung Lapan)
Guru Utama : Yang DiPertua Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid

Friday, January 15, 2010

PERLUKAH SENARIO INI BERLAKU DI TANAH MELAYU??

INI ADALAH GAMBAR YANG TELAH DI HANTAR OLEH SAHABAT SAYA MELALUI EMAIL..APAKAH PERASAAN KITA JIKA PERKARA INI BERLAKU DI TANAH MELAYU??







LAGU YANG DIHARAMKAN DI MALAYSIA.

Tuesday, January 12, 2010

PERJUANGAN BANGSA


GURU ABD RAHIM BERSAMA TUAN GURU PAK RAHMAN

JURULATIH SM NORISMAN BERSAMA TUAN GURU UTAMA ABD RAHMAN DAN JURULATIH ZALI

PEWARIS PERGURUAN SITI SALBIAH BERSAMA GURU UTAMA DAN SUAMINYA JURULATIH SULAIMAN OTHMAN

PEMBUKAAN GELANGGANG DI KAMPUNG LAPAN BACHANG MELAKA

KEM WAJA DIRI DI KOLAM AIR ASAHAN MELAKA

PERBINCANGAN DENGAN RAKAN-RAKAN JURULATIH