Thursday, September 27, 2018

27.9.2018 - TAHNIAH PASUKAN SILAT MAJLIS PERBANDARAN JASIN


TAHNIAH KEPADA PASUKAN SILAT DARI MAJLIS PERBANDARAN JASIN...DENGAR CERITA NAK BUKA GELANGGANG..SEMUGA DIPERMUDAHKAN..

MAJLIS HIMPUNAN PENDEKAR NEGARA DAN HOL MUHARAM 1440



ALHAMDULILLAH

SEKALI LAGI KITA AKAN MENYERTAI SATU MAJLIS YANG GILANG GEMILANG YANG MENGHIMPUNKAN PELBAGAI PERSILATAN DI ALAM NUSANTARA UNTUK KITA BERSILATURRAHIM DAN MENGUKUH IKATAN UKHUWAH ATAS NAMA SILAT YANG KITA SAYANGI INI.

JOM SAMA SAMA HADIR DAN MERIAHKAN

SUHAIZAN HAJI NOH, [28.09.18 09:45]
Update Terkini: mana2 perguruan yang hadir atau nak membuat persembahan boleh nyatakan dalam listing dibawah.

🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUL

Y.Bhg Dato/Datin/Tuan Guru/Cikgu/Tuan/Puan/Encik/Cik
⚔️ JEMPUTAN KE HIMPUNAN PENDEKAR NEGARA DAN MAJLIS HOL MUHARRAM TAHUN 2018⚔️

.........................................................................

Alhamdulillah dimulai dengan mengucap syukur kehadrat Allah swt serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Didoakan semoga Y.Bhg Dato/Datin/Tuan Guru/Cikgu/Tuan/Puan/Encik/Cik berada dalam keadaan sihat dan dirahmatinya sepanjang masa.

Sukacitanya dimaklumkan, Persatuan Seni Silat Panji Ria Malaysia dan Gabungan Panji Ria Malaysia dengan kerjasama Persilat Johor akan melaksanakan satu majlis yang diberi nama HIMPUNAN PENDEKAR NEGARA DAN SAMBUTAN HOL MUHARAM TAHUN 2018 yang akan dirasmikan oleh YM Tunku Abd Samad Ibni Tunku Mohamed Archibald Penaung Persekutuan Pencak Silat Negeri Johor(PERSILAT). butiran majlis adalah seperti berikut.

πŸ—“ TARIKH ➡️ 29 September 2018 (Sabtu)
πŸ•— MASA ➡️ 8.00malam - 2.00PAGI
πŸ‡²πŸ‡Ύ TEMPAT ➡️ Gelanggang Persatuan Seni Silat Bima Sakti Sejagat Alam,Tangkak Johor

Majlis ini diadakan bagi tujuan mengumpul serta merapatkan lagi silaturrahim antara perguruan persilatan dan tetamu yang hadir. selain itu dapat memupuk perasaan cinta terhadap Seni Melayu Nusantara.

Di kesempatan ini kami ingin menjemput Y.Bhg Dato/Datin/Tuan Guru/Cikgu/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk turut serta bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian terima kasih

Yang Menjalankan Tugas
Guru Nik Nazli
(Setiausaha program)

🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴🏴

⌚️ ATURCARA MAJLIS ⌚️

8⃣:0⃣0⃣ Pm - Ketibaan VVIP
- Jamuan makan tetamu VVIP
8⃣:3⃣0⃣ Pm - Berarak bersama Tuan Guru Utama,VVIP,Guru-Guru serta tetamu
- Nyanyian Lagu : Bangsa Johor dan Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan oleh Tuan Guru Utama PSS PANJI RIA MALAYSIA
- Ucapan Aluan oleh Wakil Persilat
- Ucapan Perasmi oleh Penaung Persekutuan Pencak Silat Negeri Johor (PERSILAT) YM Tunku Abd Samad Ibni Tunku Mohamed Archibald
- Penyampaian Sijil
- Pembukaan Gelanggang
- Persembahan Bermula
- Penutup Gelanggang
2⃣:0⃣0⃣ Am - Selawat dan Majlis Bersurai

🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳🏳

πŸ“œ PERGURUAN GABUNGAN DAN PERGURUAN JEMPUTAN πŸ“œ

PERGURUAN GABUNGAN DARI PANJI RIA MALAYSIA⬇️

1) PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
2) PERSATUAN SENI SILAT BIMA SAKTI SEJAGAT ALAM
3) PERSATUAN SENI SILAT SENDENG PANJI
4) PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
5) PERTUBUHAN SENI PENCHAK SILAT QI-DIGDAYAAN SRI PHATI MUSTIKA GEMALASARI PELANGI SYEGU NHEWAH MALAYSIA

PERGURUAN JEMPUTAN⬇️

1) Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan
2) PSS Singo Barong.Bp.Johor (1/4 = 5)
3) Perguruan Seni Silat Pendekar Silang (Gelanggang Segamat)
4) Pencak Pokolan Seligi ( PPS)
5) Perguruan Gerak Tepat Melaka.
6) Perguruan Seni Silat Ajian Al -Jabbar ( Raden Acong )
7)Persatuan Kesenian Kebudayaan Warisan (Waris) ,Tuan Guru  Hj Misri Jumiran ( 10 org)
8) Warisan seni silat sendeng neg melaka -  Cikgu  Masrizal

NotaπŸ‘‰Untuk persembahan hanya terhad kepada 13 perguruan sahaja termasuk gabungan panji ria

PERGURUAN JEMPUTAN & PERSEORANGAN

1) Persatuan Silat Kalimah Negeri Johor
2) Persatuan Silat Panca Sendi Johor
3) PSS Garuda Sakti (1 /4 =5)
4) Persatuan Sumur 7
5) PSS Liang Paduka
6) PS Silat Gerak Lincah Nur Fateh (gelanggang Pagoh)
7)pssgp warok putro menggolo 10 org😎
8)Persatuan Seni Silat Bangau Putih Selangor
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)

KEHADIRAN INDIVIDU DAN AHLI MAJLIS PERSILAT :

1. MD YUSSHALMAN BIN MD YUSOF
2. Ahmad rashid Ahmad nordin serta isteri dn ank perempuan. Persatuan seni silat sendeng mlsia, caw bakri muar.
3.Mohd Rizan - Penyelaras pesilat  daerah batu pahat
4.Faiz - SU pesilat daerah batu pahat
5.Omar - Majlis tertinggi pesilat daerah batu pahat
6.Azizan - Ahli majlis tertinggi
7.Pn.Maimoon Bt Hussein&Pasangan (Su.Kehormat Dssm)
8.Pn.Hasleeza Bt Suliman
(Ketua Srikandi Persilat Johor)
9.Sk.Rosla Bt Pezie
(Dewan Srikandi Dssm)
10.Sk.Sarimah
(Dewan Srikandi Dssm)
11.
12.
13.

Sila isi perguruan yang akan hadir,untuk rujukan pihak kamiπŸ“’πŸ“’πŸ“’

πŸ‘” Tema pakaian - Persalinan Perguruan/Busana Tradisi/Baju Melayu

πŸ“± On Call
πŸ“² Nik Nazli& 017-3188803 (Setiausaha Program)
πŸ“² Haji Musa 017-6426357 (Pengarah Program)

21.9.2018 Himpunan Hulubalang Melaka

Alhamdulillah bulan september ini mcm mcm aktiviti persilatan yang dapat kita ikuti dan plbagai pihak penganjuran. Pada 21.9.2018 Waris Tanah Beradat telah diberi peluang untuk menganjurkan satu program persilatan sempena Karnival Food Truck di MITC Melaka.

Program himpunan pendekar ini telah dinamakan program Himpunan Hulubalang Melaka. Program ini diuruskan bersama oleh Cikgu Fadzul dari Gersaka dan Tok Siak Ar Rembawi dari Waris Tanah Beradat. 





22.9.2018 - HOL MUHRAM ANJURAN PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA









Assallammualaikum dan salam perjuangan 
Alhamdulillah
pada tahun ini berkesempatan hadir untuk menghadiri program persilatan sempena Hol Muharam Anjuran Panji malaysia di bawah naungan Guru Radin Irwandi bin Radin Ismail yang juga merupakan pewaris dan meneruskan perjuangan Almarhon Radin Ismail atau pak wan.

Majlis ini telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada perguruan persilatan dan pengiat aktivti seni persilatan dan bebrusana.

Majlis persilatan ini terus ditambah baik untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan memberi pengenalan berkaitan persilatan dan perkumpulan panji malaysia.

Diharap agar majlis ini akan terus mendapat sokongan dan bantuan dari semua pihak.

TAHNIAH

Friday, September 14, 2018

Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya




PETALING JAYA: Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya atau memberi pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecohan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk undang-undang dan sekolah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kepentingan agama Islam ditekankan sejak lebih 1 abad dulu. Semua pihak harus faham segala urusan agama Islam adalah hak negeri,” katanya dalam kenyataan sempena majlis sambutan 100 tahun pendidikan Islam di Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini.
Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri memikul amanah dan tanggungjawab berkaitan bidang kuasa negeri dengan berani dan tegas, dan mempertahankan kepentingan Johor dan rakyatnya setiap masa.

Sementara itu, Sultan Johor menyorot perhatian kepada percambahan sekolah tahfiz swasta di negerinya dan mengarahkan kerajaan negeri memantau semua sekolah berkenaan.
Sultan Ibrahim mahu tindakan diambil dengan segera ke atas mana-mana pengendali sekolah tahfiz swasta yang gagal memenuhi semua syarat dan keperluan yang ditetapkan.

“Akhir-akhir ini saya perhatikan, banyak pusat tahfiz swasta atau persendirian diwujudkan, dan kemudiannya mereka memohon sumbangan dan bantuan dari orang ramai untuk menampung kos pembangunan dan operasi.

“Suka saya ingatkan kepada kerajaan supaya memantau semua pusat tahfiz. Mereka mestilah mendapatkan sijil pengiktirafan sebelum memulakan operasi dan mana-mana pusat tahfiz yang melanggar syarat hendaklah diarah tutup serta-merta,” katanya.

(KLIK sini) https://www.msn.com