Sunday, January 24, 2010

MAJLIS MANDI APUNG PSSKS


Majlis mandi apung adalah salah satu majlis wajib yang perlu diadakan ketika ingin membuka gelanggang ataupun kenaikan peringkat jurus kepada pukulan. Ini adalah majlis turun temurun dan merupakan salah satu identiti PSSKS. Selain daripada mandi minyak , mandi pelimau , mandi bunga dsb mandi apung juga mempunyai identiti dan tujuan yang tersirat. Majlis ini dijalankan samada di sungai yang berarus , jeram gunung dan air laut. Tetapi pada kebiasaannya PSSKS memilih jeram gunung sebagai tempat menyempurnakan mandi apung. Air jeram di kaki gunung ledang , Asahan Melaka menjadi tempat utama kerana kebetulan perguruan ini berpusat di Relau Asahan dan berhampiran dengan jeram tersebut. Sebelum mengadakan majlis mandi apung , anak-anak perguruan perlu mempersiapkan baju latihan silat berwarna hitam berserta bengkung dan ikat kepala. Keizinan ibubapa amat penting untuk mendapat berkat ilmu dan majlis akan berjalan lancar. Anak-anak perguruan juga diminta lancar membaca surah Al Fatihah , ayatul Kursi , petikan ayat-ayat dalam surah At Taubah dan selawat nabi. Sebelum mandian dijalankan anak-anak perguruan dikehendaki berhimpun dan bersama-sama mendokan program ini berjalan dengan lancar disamping mendapat keberkatan Allah. Mandi apung adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pesilat disamping memperkukuhkan ukhuwah sesama anak-anak perguruan.Majlis ini juga perlu diketuai oleh Guru Utama Yang DiPertua PSSKS dan Pemegang Amanah PSSKS sambil dikawal oleh jurulatih-jurulatih yang telah disahkan oleh Lembaga Pewaris Beradat PSSKS.

Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Jeram Gunung Ledang Asahan Melaka
Peserta : 40 orang (Gelanggang Relau , Durian Tunggal , Kampung Lapan)
Guru Utama : Yang DiPertua Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid

No comments: