Seperti biasa anak-anak perguruan akan menjalankan sesi latihan seni silat pada hari Ahad malam isnin. Setelah sesi pertama berakhir , maka disambung kepada peringkat kedua iaitu latihan para pembantu jurulatih dan jurulatih.Semasa memulakan latihan Guru Utama member taklimat iaitu member peluang kepada anak-anak perguruan bercula merah untuk mendapatkan penganugerahan bunga padi. Guru Utama member tempoh 3 bulan sebelum di uji dalam satu temuduga.Sesiapa yang berminat perlu menghafal doa nurbuah , Isim bu Kahfi dan Isim Isbu Bahar.Mereka juga perlu mahir dalam semua buah pukulan dalam perguruan PSSKS. Setelah itu latihan diteruskan seperti biasa iaitu buah tari 7.
Sunday, January 24, 2010
MAJLIS MANDI APUNG PSSKS
Majlis mandi apung adalah salah satu majlis wajib yang perlu diadakan ketika ingin membuka gelanggang ataupun kenaikan peringkat jurus kepada pukulan. Ini adalah majlis turun temurun dan merupakan salah satu identiti PSSKS. Selain daripada mandi minyak , mandi pelimau , mandi bunga dsb mandi apung juga mempunyai identiti dan tujuan yang tersirat. Majlis ini dijalankan samada di sungai yang berarus , jeram gunung dan air laut. Tetapi pada kebiasaannya PSSKS memilih jeram gunung sebagai tempat menyempurnakan mandi apung. Air jeram di kaki gunung ledang , Asahan Melaka menjadi tempat utama kerana kebetulan perguruan ini berpusat di Relau Asahan dan berhampiran dengan jeram tersebut. Sebelum mengadakan majlis mandi apung , anak-anak perguruan perlu mempersiapkan baju latihan silat berwarna hitam berserta bengkung dan ikat kepala. Keizinan ibubapa amat penting untuk mendapat berkat ilmu dan majlis akan berjalan lancar. Anak-anak perguruan juga diminta lancar membaca surah Al Fatihah , ayatul Kursi , petikan ayat-ayat dalam surah At Taubah dan selawat nabi. Sebelum mandian dijalankan anak-anak perguruan dikehendaki berhimpun dan bersama-sama mendokan program ini berjalan dengan lancar disamping mendapat keberkatan Allah. Mandi apung adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pesilat disamping memperkukuhkan ukhuwah sesama anak-anak perguruan.Majlis ini juga perlu diketuai oleh Guru Utama Yang DiPertua PSSKS dan Pemegang Amanah PSSKS sambil dikawal oleh jurulatih-jurulatih yang telah disahkan oleh Lembaga Pewaris Beradat PSSKS.
Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Jeram Gunung Ledang Asahan Melaka
Peserta : 40 orang (Gelanggang Relau , Durian Tunggal , Kampung Lapan)
Guru Utama : Yang DiPertua Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid
Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Jeram Gunung Ledang Asahan Melaka
Peserta : 40 orang (Gelanggang Relau , Durian Tunggal , Kampung Lapan)
Guru Utama : Yang DiPertua Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid
Sunday, January 17, 2010
PROGRAM MANDI APUNG PSSKS
AJK TERTINGGI DAN RESTU DAN MAJLIS PEMEGANG AMANAH PSSKS JUGA RESTU DARI GURU UTAMA PSSKS TELAH MENETAPKAN BAHWA PROGRAM MANDI APUNG AKAN DIADAKAN SEBANYAK 4 KALI SETAHUN IAITU 4 BULAN SEKALI DAN MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA.
Friday, January 15, 2010
PERLUKAH SENARIO INI BERLAKU DI TANAH MELAYU??
INI ADALAH GAMBAR YANG TELAH DI HANTAR OLEH SAHABAT SAYA MELALUI EMAIL..APAKAH PERASAAN KITA JIKA PERKARA INI BERLAKU DI TANAH MELAYU??
LAGU YANG DIHARAMKAN DI MALAYSIA.
Tuesday, January 12, 2010
PERJUANGAN BANGSA
GURU ABD RAHIM BERSAMA TUAN GURU PAK RAHMAN
JURULATIH SM NORISMAN BERSAMA TUAN GURU UTAMA ABD RAHMAN DAN JURULATIH ZALI
PEWARIS PERGURUAN SITI SALBIAH BERSAMA GURU UTAMA DAN SUAMINYA JURULATIH SULAIMAN OTHMAN
PEMBUKAAN GELANGGANG DI KAMPUNG LAPAN BACHANG MELAKA
KEM WAJA DIRI DI KOLAM AIR ASAHAN MELAKA
PERJUANGAN RADEN ISMAIL RADEN SANIF
ALLAHYARHAM MAHAGURU HAJI RADIN ISMAIL BIN HAJI RADIN SANIF
PENGASAS PERGURUAN PANJI DAN PERKUMPULAN PANJI SEMALAYSIA
PERGURUAN PANJI DALAM TAHUN 80 AN DI SEMERAH BATU PAHAT JOHOR
GURU ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN SEMASA KECIL MEMBUAT DEMONTERASI PENCAK SILAT DI BATU PAHAT SEMPENA HOL MUHARAM
BARISAN PEGHIDUP SEMANGAT PANJI
Sunday, January 10, 2010
PROGRAM MANDI APUNG PSSKS
Mandi apung adalah salah satu acara dalam Perguruan Seni Silat Kota Sendeng untuk menerima murid baru ataupun murid yang sudah selesai pelajaran jurus.Ini adalah adat berguru lama dalam PSSKS dan diwarisi secara turun temurun. mandi apung ini boleh dilakukan di air telaga , air batu / jeram dan air laut. Ini adalah untuk menduga keberanian pesilat dan memberi persedian kepada pesilat dari segi rohani dan jasmani..
Mandi apung akan dilakukan seperti ketetapan di bawah :-
Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 7.45 malam
Tempat : Kolam Air Asahan
Mandi apung akan dilakukan seperti ketetapan di bawah :-
Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 7.45 malam
Tempat : Kolam Air Asahan
Subscribe to:
Posts (Atom)