Saturday, February 15, 2014

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...? PERLU BACA DAN PERLU TAU....

Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin...

MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG SENI SILAT KOTA SENDENG DI KAMPUNG ABBEY

Sebaran Media

Majlis perasmian gelanggang silat kota sendeng di kampung abbey
perasmi : Tuan Rospandi Bin Leman Timbalan Ketua Umno Bhgn Alor Gajah
tetamu yg hadir
1. Tuan Guru Utama Rahman Hamid Ydp Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
2. Encik Usly Abu Pengerusi Jkkk Kg Pondok Batang Abbey
3. Tuan Haji Noh b Darmo Guru Tua Silat Kota
4. Encik Ismail Ahmad dan Zahari Khalil AJK Umno Bahagian Alor Gajah
5. Encik Shahril Samzainal AJK GB4B AG
Tarikh : 14 Februari 2014
Masa : 9.00 malam
Jurulatih : Suhaizan Haji Noh
Majlis ini bermula dengan ucapan dari Pengerusi JKKK dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Kota Sendeng. Setelah itu ucapan perasmian dari pada Timb Ketua Umno Bhgn Alor Gajah iaitu Rospandi Leman.
Diantara ucapan beliau ialah beliau menyokong dgn usaha sebegini utk membentuk displin dan jatidiri dikalangan anak bangsa.Beliau juga bersedia untuk membantu dari segi sokongan dan kewangan utk memastikan keselesaan untuk anak anak bangsa mempelajari Seni Silat warisan bangsa ini.
Setelah itu majlis disemprnakan dgn bacaan doa pembukaan gelanggang oleh Suhaizan Haji Noh dan anak anak murid baru disajikan dgn bubur putih bubur merah sebagai melangkapi adat istiadat membuka gelanggang dan menerima murid baru.

Tuesday, February 11, 2014

Tazkirah pagi.. Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, “Apakah manusia i tu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, “Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).” (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, “…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.
Ayat Seribu Dinar

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq: 2-3)

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? 


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
BERKUDA
Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
BERENANG 
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
MEMANAH 
Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.
Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)""

Sunday, February 9, 2014

HUJUNG minggu yang Ceria

Assallammualaikum
salam perjuangan

Tahniah kepada anak anak perguruan yang berkorban masa dan tenaga di hari cuti untuk sama sama memeriahkan lagi hidup ini dengan aktiviti yang berfaedah..
1. Gelanggang Tmn Seri Kemendor mengikuti perarakan Maulidur Rasul peringkat Dun Rim
2. Sulaiman Jurulatih Gelanggang Felda Bkt Senggeh diwawancara oleh pelajar
3. Gelanggang Duyong dan Durian Tunggal mengadakan majlis penyampaian sijil dan diserahkan oleh Tuan Guru Hasan Naib YDP PSSKS..

Tahniah semua

Saturday, February 8, 2014

TAZKIRAH PETANG INI....

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN KITA SEBOK DENGAN TUGAS HARIAN KITA.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulallah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa
nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa
nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa
nirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ...

Wednesday, February 5, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DI GELANGGANG NYALAS

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

-UNTUK MEDIA-
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG AIR REPAT , NYALAS



MAJLIS INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ENCIK SHAHRIL SAMZAINAL PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS JUGA SELAKU KETUA PEMUDA UMNO CAW NYALAS..BELIAU AMAT MENYOKONG DAN BERSETUJU PENUBUHAN GELANGGANG SILAT INI DAN SEDIA MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN PEMBIAYAAN AKTIVITI GELANGGANG TERSEBUT. BELIAU JUGA MENEGASKAN SILAT MELAYU ADALAH MERUPAKAN WARISAN BANGSA DAN PERLU DIKEKALKAN DAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI SETERUSNYA.

TURUT HADIR . SUHAIZAN HAJI NOH SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA DAN ENCIK MOHD IHAM BIN ARIS JURULATIH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL INI ADALAH UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PESILAT UNTUK TERUS MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG.
GELANGGANG INI DIBAWAH GERAK WAJADIRI GERAKN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS

Monday, February 3, 2014

BOLING SANTAI DI MIBC MELAKA

Assallammualaikum

Tahniah kepada anak anak perguruan yang bersama sama dalam program santai boling di MIBC malam tadi. semuga ukhuwah yang tersimpul kukuh itu kian utuh dan dipateri bersama dengan doa dan Barakah dari Allah swt.

InsyaAllah kita akan sama sama adakan pertandingan untuk terus menerus mencungkil bakat terpendam dikalangan anak anak perguruan kita..

Tahniah semua..


PERKHEMAHAN WAJADIRI BIL 1/2014






ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH..PROGRAM PERKHEMAHAN WAJADIRI BIL 1/2014 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN MENGIKUT SEPERTI YANG DIRANCANG.DAN BERTAMBAH INDAH APABILA YB DATUK WIRA HJ ABD GHAFAAR ATAN TELAH MELUANGKAN MASA UNTUK MERASMIKAN PROGRAM TERSEBUT. 
APA YANG PENTING PROGRAM INI TELAH MEMBERI KEPUASAN KEPADA TUAN GURU UTAMA DAN INI AKAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA PERJALANAN MASA DEPAN DAN HALATUJU PARA PESILAT PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG.
TERIMAKASIH JUGA KEPADA SAHABAT YANG BERTUNGKUS LUMUS SAMA SAMA MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI DAN INI MEMPERKUKUHKAN UKHUWAH DI ANTARA KITA SEMUA.
SEMUGA ALLAH MELIMPAHKAN KASIH SAYANG DAN KEBERKATANNYA UNTUK KITA SEMUA...ALLAHU AKBAR!!!

PROGRAM : PERKHEMAHAN WAJADIRI BIL 1/2014
ANJURAN : PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
TARIKH : 31 JANUARI - 1 FEBRUARI 2014
TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN KEM SAUJANA MSN ASAHAN
PERASMI : YB DATUK WIRA HAJI ABD GHAFAAR ATAN , EXCO KERAJAAN MELAKA
PESERTA : GELANGGANG ASAHAN , PONDOK BATANG , ABBEY , NYALAS , FELDA BUKIT SENGGEH , DUYONG , BATANG MELAKA , TAMAN SERI KEMENDOR , KAMPUNG LAPAN , DURIAN TUNGGAL
JUMLAH PESERTA : 120 ORANG