GERAKAN
SELEMPANG MERAH 1945
1)
PENGENALAN
Sejarah
Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah
kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana
kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur
dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia
Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan
menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah
memeluk agama tersebut.
Pada
tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun
inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah
Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh
pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling
lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu
yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa
individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka
lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan
mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang
penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada
era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.
Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan
semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan
majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan
mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM)
dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir
penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini
begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan
dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah
menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah
ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran
Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa
British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British
kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun,
mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah
mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk
tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan
ke arah berkerajaan sendiri.
(2)
Selempang
Merah Bangkitkan Semangat Lawan Komunis
Kepimpinan
Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di
tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di
Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang
dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama
dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan
Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum
ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar
Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah
payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil
kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang
yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa
dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti
proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati
bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman
Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan
Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit
Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai
kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji
Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari
kekejaman Askar Bintang Tiga.
Kisah Panglima Selempang Merah menentang ancaman komunis di sekitar daerah ini dan Muar selepas penjajahan Jepun, mungkin kurang diketahui rakyat negara ini.
Kisah Panglima Selempang Merah menentang ancaman komunis di sekitar daerah ini dan Muar selepas penjajahan Jepun, mungkin kurang diketahui rakyat negara ini.
Namun bagi penduduk asal
utara Johor, jasa Panglima Selempang Merah atau nama sebenarnya,
Salleh Abdul Karim, yang dilahirkan pada 1916 di Tanjung Olak Batu,
Bukit Pasir, Muar, tidak mungkin luput dari ingatan.
Di zaman penentangan
beliau, komunis digambarkan melihat Panglima Salleh sebagai seorang
yang perkasa dengan pedangnya, kelihatan melayang di udara, setiap
kali terbabit dalam pertempuran.
Walaupun tidak banyak
catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau direkodkan dalam
sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap dikenang dan kisahnya
dikongsi secara lisan oleh penduduk setempat.
Semangat cintakan agama,
bangsa dan tanah air yang sentiasa membara, ketokohan Panglima Salleh
bukan saja warak dan bijak memimpin pengikut, malah menguasai
pelbagai ilmu kebatinan yang dipelajari daripada ramai guru.
Gabungan
tiga faktor itu menjadikan Panglima Salleh begitu teliti dan tertib
dalam setiap pergerakannya mendepani ancaman komunis Bintang Tiga.
Keampuhan ilmu kebatinan yang dimiliki menyebabkan komunis kecut
perut apabila mengetahui kehadirannya di kawasan mereka.
Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Negeri
Johor, Dr Md Akbal Abdullah, berkata kajiannya mendapati satu
persamaan daripada pelbagai sumber yang ditemui, menunjukkan pejuang
bangsa itu dikenang mengenai kehebatan ilmu kebatinannya.
"Kehebatan Panglima Salleh dan
pengikutnya menjadi buah mulut kerana komunis takut melihat kelibat
Tentera Selempang Merah terutama parang digunakan mereka dikatakan
mampu terbang mencari mangsa untuk dicantas ketika pertempuran.
"Itu yang membuatkan kisah Panglima
Salleh sinonim dengan parang terbang sehingga kini. Lebih menarik,
mereka mampu menewaskan komunis dengan hanya berbekalkan senjata
tradisional seperti parang dan tombak, walaupun pengganas bersenjata
api.
"Selain itu, pengikut Panglima
Salleh juga mempunyai identiti tersendiri apabila masing-masing
dipakaikan selempang merah yang tertulis ayat al-Quran dan diberi
gelaran Tentera Selempang Merah," katanya.
Md
Akbal berkata, komunis yang gentar melihat Tentera Selempang Merah
mendakwa pengikut Panglima Salleh itu berubah menjadi besar dan
tinggi seperti gergasi dalam jumlah ribuan, padahal pengikut pejuang
itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.
"Insan yang banyak
memainkan peranan di belakang kehebatan Panglima Salleh adalah
isterinya, Basariah Abd Latif, yang dikenali dengan panggilan Kak
Esah dalam kalangan masyarakat setempat.
"Kak Esah juga
seorang yang warak serta mempunyai kepandaian dalam ilmu kebatinan,
banyak membantu Panglima Salleh terutama menyediakan selempang untuk
dipakai pengikut suaminya," katanya.
Md Akbal berkata,
kebangkitan Panglima Salleh dan orang Melayu sekitar Batu Pahat serta
Muar menentang komunis berpunca daripada tekanan hidup selepas
pemimpin tempatan seperti penghulu, ketua kampung dan guru agama,
dibunuh satu persatu secara senyap.
Katanya, pembunuhan
didalangi komunis itu adalah sebahagian taktik melemahkan orang
Melayu di kawasan kampung sekitar Batu Pahat dan Muar, sekali gus
mahu menguasai kaum terbabit, sehingga mereka bangkit menentangnya
hasil kepimpinan Salleh.
Sementara
itu, waris Tentera Selempang Merah, Mohd Radhi Jamhari, 30,
melahirkan rasa bangga apabila mengetahui ayahnya, Allahyarham
Jamhari Mohd Said, yang juga bekas imam Masjid Tongkang Pechah,
adalah di antara pengikut Panglima Salleh .
"Ketika hayatnya,
ayah pernah berkongsi kisah pembabitannya bersama Panglima Salleh
menentang komunis. Ayah berkata, semua pantang larang termasuk amal
ibadat yang diamalkan kumpulan pejuang Selempang Merah tidak mampu
dipatuhi generasi kini.
"Antara amalan
diceritakan arwah ayah termasuklah sentiasa berzikir, berpuasa, tidak
pernah meninggalkan solat dan membaca Surah Yassin serta pelbagai
ayat al-Quran sepanjang masa ketika mahu bertempur, selain pantang
larang yang diarahkan ketua mereka.
"Arwah ayah juga
ada menyimpan sebilah pedang yang mempunyai ukiran ayat al-Quran.
Apabila terjumpa pedang itu dan membuka bungkusannya, saya pernah
dimarahi ayah yang berkata senjata terbabit bukan permainan biasa.
"Bagaimanapun pedang
terbabit ghaib daripada rumah kami, apabila ayah meninggal dunia pada
tahun 2002 ketika berusia 79 tahun," katanya.
Kisah
Berdarah Perang Sabil Di Sungai Manik
Kisah
Perang Sabil di Sungai Manik bermula apabila seorang komunis bangsa
melayu yang bernama Mail Rudo dari Markas Besar Komunis di Sungai
Tungku telah mati ditetak oleh pejuang Banjar yang bernama Utoh Putih
di Parit 6 Pekan Rabu, Bendang D.O yang sekarang dikenali sebagai
Chenderong Balai. Pihak komunis ketika itu terkenal dengan sikap
tidak berhati perut terhadap orang kampung.
Komunis
kerap menculik orang yang dikatakan rapat dengan Jepun atau tidak
mahu bekerjasama dan mangsa culik tersebut akan dibunuh dan kemudian
mayatnya akan dibuang ke Sungai Perak. Tentang hal Mail Rudo dibunuh
adalah kerana dia telah cuba memaksa penduduk kampung di Bendang D.O
dan Sungai Manik untuk menyertai perjuangannya bersama komunis.
Tentera Komunis kemudiannya mula mencari siapa dalang yang membunuh
Mail Rudo. Setelah pembunuh Mail Rudo dikenal pasti, tentera komunis
yang bersenjatakan raifal MK5 menuju ke Parit 6 Pekan Rabu dan
membunuh Utoh Putih. Utoh Putih ditembak mati oleh pihak komunis
ketika sedang tidur dirumahnya. Kematian Utoh Putih telah menyebab
orang kampung semakin berang dan amarah orang kampung terhadap
komunis semakin membuak-buak apabila komunis di markas Sungai Tungku
menuntut agar orang kampung menyerahkan beberapa orang wanita muda
kepada mereka untuk dijadikan tempat melempiaskan hawa nafsu mereka.
Jika tuntutan ini tidak dipenuhi dalam tempoh seminggu, Bendang D.O.
dan Sungai Manik akan menjadi padang jarak padang terkukur.
Pemimpin agama dari keturunan Banjar bernama Patuan Guru Haji Bakri yang berasal dari Batu Pahat menjadi pemimpin untuk kebangkitan orang-orang Melayu dan Banjar dalam mempertahankan maruah dan hak mereka. Beliau berjaya mengumpulkan orang-orang Banjar dan Melayu di sekitar Bendang D.O dan Sungai Manik untuk bangkit menentang pihak komunis. Dihari terakhir sebelum masa yang ditetapkan oleh pihak komunis tamat, pejuang-pejuang tentera sabil ini melakukan serangan hendap keatas kedudukan komunis di markas kecil mereka di Bendang D.O. Hampir 30 orang komunis maut ditetak oleh pejuang-pejuang Banjar dan ketika itulah bermulanya siri Perang Sabil diantara orang-orang Melayu serta Banjar keatas pihak Komunis di sekitar Sungai Manik. Peristiwa serangan keatas kedudukan komunis di Bendang D.O oleh orang-orang Melayu dan Banjar menyebabkan pihak komunis membalas dendam dengan membakar dan memusnahkan rumah serta penempatan orang Melayu di sepanjang Sungai Perak. Puluhan orang Melayu dari Kampung Gajah dan Balun Bidai memohon bantuan dan menyertai perjuangan Patuan Guru Haji Bakri. Seminggu selepas itu, Patuan Guru Haji Bakri melantik Acil yang merupakan cucu beliau sebagai pemimpin serangan keatas kedudukan komunis di Sungai Tungku. Dengan bersenjatakan parang dan kurniaan wafaq yang diikat dikepala dari Tuan Guru Hj Bakri, para pejuang tentera Sabil mula menggempur tentera komunis di Sungai Tungku. Pihak komunis telah bersedia dengan kehadiran orang-orang kampung namun mereka tidak berjaya menahan kemaraan pejuang-pejuang tentera sabil meskipun mempunyai senjata yang lebih hebat berbanding pejuang-pejuang tentera sabil. Berpuluh-puluh tentera komunis terbunuh dalam serangan tersebut dan markas komunis di Sungai Tungku berjaya dimusnahkan.
Lima orang pemimpin komunis telah berjaya melarikan diri sewaktu pertempuran tersebut berlangsung. Perang ini berlanjutan untuk beberapa ketika sehinggalah tentera British daripada India tiba mengamankan keadaan di Bendang D.O dan Sungai Manik. Perang ini menyebabkan berlakunya ketegangan berpanjangan diantara orang-orang Melayu dan Cina. Akibatnya banyak kedai-kedai dan penempatan orang Cina di Sungai Tungku, Chenderong Balai hingga Kampung Gajah dimusnahkan kebanyakan daripada mereka berpindah ke penempatan orang cina di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Langkap dan Chui Chak.

Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan
adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara
masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia
pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud
pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak
masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak
begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
Selepas
merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia.
Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia.
Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan
perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik
mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik
sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan
telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di
negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan
negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini.
Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina
diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik
telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini
telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri.
Dasar
Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: -
ü Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
ü Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.
ü Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.
ü Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.
ü Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah
Hujurat : 13).