ALHAMDULLLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH
SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SAW
PADA MALAM INI SELESAI MAJLIS ZIKIR DAN SELAWAT DI RUMAH EN FAZILI SEMPENA DOA KESYUKURAN ISTERI BELIAU YANG BARU MELAHIRKAN ANAK PEREMPUAN DAN JUGA KENDURI ARWAH KAKAKNYA YANG TERSAYANG.
HIKMAT MALAM ITU JUA KAMI DAPAT BERJUMPA DAN BERKUMPUL DENGAN RAKAN RAKAN PERGURUAN YANG SEMPAT HADIR PADA MALAM ITU.
BANYAK JUGA PROGRAM PROGRAM YANG DAPAT DIBINCANGKAN PADA MALAM ITU DAN PIHAK ADMIN AKAN UPDATE PROGRAM PROGRAM TERSEBUT UNTUK TATAPAN RAKAN RAKAN DI ALAM SIBER NANTI..
SEMUGA ALLAH MERAHMATI DAN MENYAYANGI KITA SEMUA..AMIN
Sunday, June 24, 2012
SIAPA DIA ASIF BARKHIYA
ISTANA BALQIS
Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman ASW.
Seorang yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.
Beliaulah yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)
Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”.
Mula-mula jin ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri dengan kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini menunjukkan bila mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah Asif bin Barkhiya.
Tentang apakah doanya itu, kata Mujahid r.h:
يا ذا الجلال والإكرام.
Manakala Zuhri r.h berkata:
يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ، إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.
Ertinya: Wahai Tuhan kam, tuhan kepada semua makhluk, tuhan yang esa, tiada tuhan selain Allah. Datangkan kepadaku istana Balqis.
Dari kisah ini juga dapat kita ambil pelajaran bahawa kadang-kadang dalam berdakwah memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya ‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah kerajaan kafir kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman AS.
Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan. Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan jin dari zaman Balqis menetap disana.
Monday, June 18, 2012
TAHNIAH GAYONG MALAYSIA
KAMI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA GAYONG MALAYSIA KERANA DARI HARI KEHARI TELAH BERJAYA MENAIKKAN MUTU PERSILATAN MELAYU SETANDING DENGAN PERSILATAN DAN DUNIA SENI BELADIRI YANG LAIN. BANYAK PERKARA YANG TELAH DIBANGUNKAN OLEH GAYONG TERUTAMANYA DARI SEGI SILIBUS DAN PENTADBIRAN PERSILATAN.
KAMI BERHARAP AGAR GAYONG AKAN TERUS MAJU JAYA DAN TERUS KEHADAPAN.
TAHNIAH GAYONG MALAYSIA
KENALI GAYONG MALAYSIA DI SINI http://www.gayong.com.my
Thursday, June 7, 2012
Tahniah anak anak perguruan
Dipetik dari weblogs Setiausaha PSSKS http://suhaizannoh.blogspot.com
Salam Perjuangan,Sembah Perguruan Langkah Seni Silat Melayu Menjunjung Agama Mengelek Adat..
Tahniah anak anak perguruan seramai 17 orang yang telah berjaya menjalani latihan ketahanan fizikal dan mental malam tadi di kaki gunung ledang Asahan Melaka.
Setelah melalui amalan puasa sunat sekama 6 hari dan malam tadi adalah pengujian kekuatan mental dan fizikal mereka.
Tahniah anak perguruan yang berani menyahut cabaran dan bersedia dengan ujian yang dilalui..
InsyaAllah saya dimaklumkan oleh pihak pentadbiran PSSKS adan terus menerus menjalankan aktiviti yang bernafaat untuk memantapkan ilmu persilatan dan kesepaduan fizikal dan mental.
Terimakasih jua kepada Guru Utama Tuan Guru Rahman bin Hamid yang terus menerus tanpa jemu mencurahkan ilmu persilatan kepada anak anak muda...tahniah http://kotasendeng.blogspot.com . tahniah dan teruskan perjuangan...

Monday, June 4, 2012
PSSKS BERSAMA PANJI PERGURUAN
JURULATIH PSSKS JUGA PEWARIS AMANAH BUNGA PADI BERSAMA PANJI PSSKS IAITU SINGA BERTEMPUR YANG MEMBAWA AYAT NASRUMNALLAH.
SEMUGA PENYATUAN PSSKS TERUS TEGUH DAN UTUH.
PERSAHABATAN DAN PERJUANGAN
senang , mudah , rehat dan santai itulah yang dapat saya gambarkan dengan kata-kata anak anak melayu kini..itulah kata kata yang dapat saya gambarkan pesilat pesilat muda kini secara khususnya.mereka tidak perlu bersengkang mata , tidak perlu mengeluarkan peluh yang banyak dan tak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu apatahlagi ingin mendapatkan bengkung , selendang dan sebagainya..ini menyebabkan mereka seolah-olah tidak membezakan perjuangan ataupun mengisi masa terluang..
kerana mudah inilah jua mereka sukar untuk menghargai perhubungan antara sahabat yang sama sama berjuang menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang kita inginkan.
adakah kerana tuntutan nafsu yang menggunung dan juga adakah kerana nama dan status yang mereka kejarkan..
segala persoalan yang saya lontarkan adalah pertanyaan untuk diri saya sendiri..guru hanya membimbing dengan ilmu yang haq dan suci sehingga kita mencapai tahap yang mengikut kriteria dan silibus yang disediakan..walaupun kita boleh menghafal dan menepatkan pukulan pada tempat yang dikehendaki tapi adakah kita benar benar faham bahawa segala perilaku itu adalah zahirnya tapi tepatkah hakikat kita dalam pukulan itu..adakah yang sebenar benar guru itu yang bertinta hitam diatas kertas putih yang dilakarkan..adakah guru itu yang menzahirkan suara membimbing kita membetulkan segala pukulan..adakah dengan apa yang ada kita miliki sekarang boleh menidakkan apa yang guru tegah dan kehendaki atas dasar 'guru' itu manusia dan tidak Ma'som.? adakah semua manusia itu sempurna dan adakah semua arahan guru perlu kita ikut.
dan apabila kita berada di tahap yang hebat kita tidak perlu lagi bersama dengan rakan-rakan yang sama jatuh bangun dengan kita untuk mengecapi kejayaan dulu?
rakan sparring , partner latihan pukulan , sama sama menghafal doa dan kitab...perlukah kita tinggalkan mereka hanya kerana mereka tidak 'sekepala' atau sealiran dengan kita..pastinya semua itu memerlukan pertimbangan dari seorang insan yang kenal dirinya dan tahu asal usul dan kemana ia akan kembali..sekiranya jika ia masih mengatakan bahawa dirinya yang berkata kata atau empunya diri maka kesemua persoalan di atas tidak akan kita ketemu jawapan.
kerana itu hidup di alam fana ini kita harus bahu membahu , membawa syariat rasul dengan nyata , dengan nafas dan angin yang kita syukuri kita harus sama sama memahami Persahabatan dan Perjuangan.
semuga perguruan ini dan perguruan silat melayu yang lain akan kekal teguh dan utuh demi perjuangan bersama sahabat untuk membela diri sendiri , keluarga , agama Islam tercinta , bangsa melayu dan negara yang menjadi amanah kepada kita..
Ya Allah Ya Rabbi kami meminta atas segala pinta , kami memohon atas segala permohonan agar selamatkanlah kami atas keselamatan kepada kami didunia sampai akhirat..
amin..
SUHAIZAN HAJI NOH
PSSKS Asahan Melaka

MALAM PENDEKAR PENCAK SILAT DI PADANG PAHLAWAN MELAKA..
PERHIMPUNAN PENDEKAR MELAKA DI PADANG PAHLAWAN MELAKA TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 12 APRIL 2012. DIANGGARKAN 1000 PESILAT MEMBANJIRI PADANG PAHLAWAN DENGAN 70 PERSATUAN SILAT YANG AKTIF DINEGERI ITU.PSSKS JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM MEMERIAHKAN DAN MEMPERKASAKAN PERHIMPUNAN TERSEBUT..
HIDUP SILAT .. HIDUP MELAYU..
SEMUGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA..
PAK SYEIKH MAHARANI JUGA BERGAMBAR BERSAMA PSSKS
BERSAMA TUAN GURU UTAMA RAHMAN HAMID
JURULATIH PSSKS YANG HADIR MALAM ITU
PESILAT PSSKS CERIA DAN SEMANGAT
HIDUP SILAT..HIDUP MELAYU

LAWATAN YAB KETUA MENTERI MELAKA KE GELANGGANG DURIAN TUNGGAL
SALAM PERJUANGAN
PADA 22 FEBRUARI 2012 YANG LEPAS YAB KETUA MENTERI MELAKA TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE GELANGGANG PSSKS DI DURIAN TUNGGAL
TUAN GURU UTAMA PSSKS MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YAB KETUA MENTERI MELAKA
PESILAT PSSKS MENUNGGU KETIBAAN YAB KETUA MENTERI MELAKA
PERSEMBAHAN SILAT DARI PERGURUAN
KEPIMPINAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN ALOR GAJAH YANG HADIR SAMA
YAB KETUA MENTERI MENYAMPAIKAN UCAPAN PENUH CERIA
KLIK DISINI UNTUK LAYARI http://www.youtube.com

Friday, June 1, 2012
PENCAK SILAT PARLIMEN ALOR GAJAH DI SELANDAR
SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM PERGURUAN,
PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG BERSAMA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAW ALOR GAJAH TELAH MENGADAKAN KERJASAMA YANG ERAT UNTUK MENGANJURKAN DEMONTERASI PENCAK SILAT PARLIMEN ALOR GAJAH DI DEWAN KASTURI SELANDAR. INI ADALAH BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HOL MUHARAM SEBAGAI TANDA SILATURRAHIM DAN UKHUWAH DIKALANGAN PESILAT DALAM PARLIMEN ALOR GAJAH.

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATUK WIRA HJ ABD GHAFAAR HAJI ATAN
ABANG ROSTAM MENERIMA SIJIL
GURU RAHIM RAHMAN MENERIMA KERIS UNTUK BUKA GELANGGANG
TUAN GURU UTAMA RAHMAN HAMID MENERIMA SELENDANG
ANAK ANAK PERGURUAN MEMBUAT PERSEMBAHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)