Monday, June 4, 2012

PERSAHABATAN DAN PERJUANGAN

senang , mudah , rehat dan santai itulah yang dapat saya gambarkan dengan kata-kata anak anak melayu kini..itulah kata kata yang dapat saya gambarkan pesilat pesilat muda kini secara khususnya.mereka tidak perlu bersengkang mata , tidak perlu mengeluarkan peluh yang banyak dan tak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu apatahlagi ingin mendapatkan bengkung , selendang dan sebagainya..ini menyebabkan mereka seolah-olah tidak membezakan perjuangan ataupun mengisi masa terluang..
kerana mudah inilah jua mereka sukar untuk menghargai perhubungan antara sahabat yang sama sama berjuang menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang kita inginkan.
adakah kerana tuntutan nafsu yang menggunung dan juga adakah kerana nama dan status yang mereka kejarkan..
segala persoalan yang saya lontarkan adalah pertanyaan untuk diri saya sendiri..guru hanya membimbing dengan ilmu yang haq dan suci sehingga kita mencapai tahap yang mengikut kriteria dan silibus yang disediakan..walaupun kita boleh menghafal dan menepatkan pukulan pada tempat yang dikehendaki tapi adakah kita benar benar faham bahawa segala perilaku itu adalah zahirnya tapi tepatkah hakikat kita dalam pukulan itu..adakah yang sebenar benar guru itu yang bertinta hitam diatas kertas putih yang dilakarkan..adakah guru itu yang menzahirkan suara membimbing kita membetulkan segala pukulan..adakah dengan apa yang ada kita miliki sekarang boleh menidakkan apa yang guru tegah dan kehendaki atas dasar 'guru' itu manusia dan tidak Ma'som.? adakah semua manusia itu sempurna dan adakah semua arahan guru perlu kita ikut.
dan apabila kita berada di tahap yang hebat kita tidak perlu lagi bersama dengan rakan-rakan yang sama jatuh bangun dengan kita untuk mengecapi kejayaan dulu?
rakan sparring , partner latihan pukulan , sama sama menghafal doa dan kitab...perlukah kita tinggalkan mereka hanya kerana mereka tidak 'sekepala' atau sealiran dengan kita..pastinya semua itu memerlukan pertimbangan dari seorang insan yang kenal dirinya dan tahu asal usul dan kemana ia akan kembali..sekiranya jika ia masih mengatakan bahawa dirinya yang berkata kata atau empunya diri maka kesemua persoalan di atas tidak akan kita ketemu jawapan.
kerana itu hidup di alam fana ini kita harus bahu membahu , membawa syariat rasul dengan nyata , dengan nafas dan angin yang kita syukuri kita harus sama sama memahami Persahabatan dan Perjuangan.
semuga perguruan ini dan perguruan silat melayu yang lain akan kekal teguh dan utuh demi perjuangan bersama sahabat untuk membela diri sendiri , keluarga , agama Islam tercinta , bangsa melayu dan negara yang menjadi amanah kepada kita..
Ya Allah Ya Rabbi kami meminta atas segala pinta , kami memohon atas segala permohonan agar selamatkanlah kami atas keselamatan kepada kami didunia sampai akhirat..
amin..

SUHAIZAN HAJI NOH
PSSKS Asahan Melaka


No comments: