Thursday, December 26, 2013

TAHNIAH SENI SILAT KUNCI MELAYU KESATRIA WARISAN

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan...
Tahniah kepada Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan Malaysia kerana yelah berjaya mengadakan program demonterasi persilatan dengan baik dan lancar sekali..
Kami amat gembira dan berbangga kerana menjadi sebahagian dalam majlis tersebut. Sebanyak 10 gelanggang pelbagai aliran persilatan yang mengikuti demonterasi tersebut.
Tahniah semuga kita terus mengadakan majlis sebegini utk memperkukuhkan dan mengeratkan lagi tali silatutrahim di dunia persilatan warisan bangse ini..
Terimakasih semua....




 
Nama Program : Majlis Khatam Asas dan Pencak Silat
Anjuran : Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan Malaysia
Nama Guru : Tuan Guru Utama Haji Haron
Perasmi Majlis : YB Tuan Shahrom bin Datuk Sharif @ ADUN Dengkil , Selangor (BN)
Penyertaan : 10 gelanggang (Seluruh Gelanggang seni silat Kunci Melayu Kesatria Warisan dan Jemputan sprt , Gayung Malaysia , Panji Putera Ledang , Panji Ria , Pendowo Limo , Kuntau Tekpi , Silat Pulut , Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan dll.
Lokasi : Gelanggang Perguruan PSSKMKWM di Sungai Merab Bangi Selangor

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka telah diundang ke sebuah Majlis persembahan silat yang telah diadakan di bangi Selangor. Majlis tersebut telah menghimpunkan pelbagai persatuan silat dan seni silat kota sendeng asahan satu satunya perguruan dari Melaka yang menyertai persembahan tersebut.

Aktiviti ini adalah baik dan mampu menyatupadukan umat melayu untuk memberi semangat dan kekuatan untuk meyemai patriotik dan sayangkan warisan bangsa. dan kami persatuan silat dari Melaka akan sentiasa sokong dan bersama sama menjayakan majlis sebegini.saya berharap agar program sebegini diteruskan dan meminta semua pihak samada kerajaan atau swasta membantu menjayakannya. - kata YDP atau Guru Utama Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka Tuan Guru Utama Rahman Hamid

Majlis telah berkahir pada jam 2.00 pagi dan semua amat berpuashati dan pastinya menantikan majlis yang akan datang.

Wednesday, December 18, 2013

PERBINCANGAN DEMONTRASI SILAT DI BANGI SELANGOR




 
18.12.2016 - Perbincangan untuk pergi ke bangi Selangor bagi memenuhi jemputan dari Persatuan Silat Ksateria Warisan di gelanggang Sungai Merap Bangi Selangor. Seramai 40 orang pesilat akan mengikuti persembahan tersebut pada 21.12.2013 jam 8.00 malam.
 
Aturan persembahan
1. Jurus pembukaan 4 penjuru
2. Jurus 1 hingga 7
3. Buah pukul 7
4. Buah sendeng Asli 7
 
Semuga apa yang dirancang akan Berjaya..
 
Tahniah muga maju jaya


SEMUGA HOL MUHARAM MENJADI PERMULAAN UNTUK TERUS BERJAYA




 
TAHNIAH DAN TERIMAKASIH ATAS SEMANGAT GOTONG ROYONG KITA SEMUA

Tuesday, December 17, 2013

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Tuesday, December 3, 2013

APA ITU WAFAQ...






ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN..

MARI KITA LIHAT DAN SAMA SAMA KEDUDUKAN WAFAQ DALAM ISLAM
Ada 3 hadis / riwayat tersohor berkenaan wafaq ini iaitu:-

1) Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah S.A.W sedang berada di atas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu Baginda bersabda kepada lelaki itu..."Apa yang ada pada leher mu itu..?" Jawab lelaki itu..."Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya Rasullullah...!" ...setelah orang itu berlalu, Ali bertanya.."Yaa Rasullullah, tidakkah engkau melarangnya...?" Sabda Rasul S.A.W.... "TIDAK MENGAPA...KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH..."



2) Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan di dengar oleh Rasullullah S.A.W...Lelaki itu mengatakan:  "AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA" Nabi S.A.W bersabda kepadanya....'APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?"...dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah S.A.W...dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai... (HR MUSLIM).

3) Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah S.A.W melihat seorang lelaki dari kaum Ansar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda...."Apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu...." Jawab lelaki itu "Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq).. Rasullullah S.A.W..." Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat kepada orang itu" (HR Ibnu Abbas)

Dari 3 hadis di atas, ada beberapa point yang boleh kita perhatikan pada kisahnya iaitu:-
1- Rasulullah TIDAK MELARANG WAFAQ yang BERISIKAN nama Allah.
2- Rasulullah mengatakan WAFAQ juga sebagai cabang ikhtiar dimana ianya boleh memberi manfaat kepada pemakainya (kuasa mutlak adalah milik Allah) . (lihat hadis no.3)
3- Rasulullah menyindir pada orang yang suka-suka buat hukum sendiri. Maknanya, jangan jadi MUFTI INSTANT...!

Monday, December 2, 2013

JADUAL LATIHAN TERKINI

1. GELANGGANG ASAHAN ,
    HARI : JUMAAT ,
    MASA : 8.30 MALAM
    JURULATIH : KEKANDA RAHIM BIN TUAN GURU RAHMAN

2. GELANGGANG PONDOK BATANG ,
    HARI : SELASA DAN JUMAAT ,
    MASA : 8.30 MALAM
    JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS

3. GELANGGANG FELDA TUN GHAFAAR BUKIT SENGGEH ,
    HARI : SABTU DAN ISNIN ,
    MASA : 8.30 MALAM
    JURULATIH : KEKANDA SULAIMAN BIN OTHMAN

4. GELANGGANG NYALAS ,
    HARI : RABU DAN SABTU ,
    MASA : 8.30 MALAM
    JURULATIH : KEKANDA MOHD IHAM BIN MD ARIS