Tuesday, January 21, 2014

PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014


PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA
D/A SUHAIZAN HAJI NOH (SETIAUSAHA) , KM 50 KG ABBEY 77100 ASAHAN MELAKA
012-3311452 , suhaizan78@gmail.com
***************************************************************************
Ruj : Pentadbiran (Sulit) 2014
Tarikh : Januari 2013

Kepada :
Ibu / Bapa / Penjaga
Ahli Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan Melaka

  1. Gelanggang Asahan
  2. Gelanggang Pondok Batang
  3. Gelanggang Nyalas
  4. Gelanggang Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh
  5. Gelanggang Durian Tunggal
  6. Gelanggang Kampung Lapan , Bachang
  7. Gelanggang Duyong

Tuan,

MAKLUMAN DAN KEBENARAN DARI IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014

Adalah dengan segala hurmatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program tersebut adalah seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 JANUARI HINGGA 1 FEBRUARI 2014
Lokasi : Tapak Perkhemahan Kem Saujana, MSN Asahan , Melaka

3. Bersama-sama dengan ini disertakan aturcara untuk makluman tuan.
Segala kerjasama amat diharapkan. Sekian , terimakasih.

IKHLAS DALAM PERJUANGAN
BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA

Yang Menjalankan Tugas ,


(SUHAIZAN HAJI NOH BKT,PJK,PBB)
Setiausaha.


PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA
PROGRAM PERKHEMAHAN WAJA DIRI SIRI 1-2014

MISI
Menganjurkan dan Bekerjasama Dengan Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Memastikan Seni Silat Warisan Bangsa Terus Terpelihara
OBJEKTIF
  • Memastikan peserta kursus mampu membezakan unsur-unsur mistik atau khurafat dengan amalan yang tidak bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam ilmu persilatan Melayu.
  • Menanamkan semangat cintakan ilmu seni silat warisan bangsa Melayu dan bercita-cita untuk menggembangkannya.
  • Mendisplinkan diri pesilat juga membentuk jati diri yang teguh dan berakhlak mulia dan bersedia sebagai pewaris yang berdaulat dan bebas merdeka.
  • Mengenali dengan lebih dekat tentang persilatan dari aspek kerohanian , fizikal dan matlamat kehidupan.
  • Memberi pendedahan kepada pesilat tentang pengurusan pentadbiran atau organisasi untuk bersaing dengan beladiri yang lain samada peringkat negara atau antarabangsa.
TENTATIF PROGRAM

Masa

31 JANUARI Jumaat
1 JANUARI Sabtu
Pagi


6.00

Solat Subuh
7.00

Senaman 1
7.30

Sarapan
8.00

Persiapan diri
8.30

Bengkel 1
9.30

Bengkel 2
10.30

Minum pagi
11.00

Majlis Penutup
12.00

Bersurai
Petang


3.00
Pendaftaran Peserta

4.00
Persiapan Khemah

4.30
Taklimat

5.00
Majlis Perasmian

6.30


Malam


7.00
Solat Maghrib

8.00
Makan Malam

8.45
Solat Isyak

9.15
Tazkirah

10.15
Majlis Mandian
11.15


11.30
Kudapan



No comments: