• Selama hidup di dunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Orang itu dikatakan dekat dengan ALLAH selama dia meluangkan waktunya untuk berdzikir setiap
hari.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis,
padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun
banyak. Raihlah kasih sayang ALLAH dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada
ALLAH yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari ALLAH
sementara kalian mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau
kalian mendengar nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran
tangan, kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana ALLAH.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Banyak kenikmatan yang tersembunyi di antara taring-taring bencana. Banyak kegembiraan yang
menghadap arah di mana beberapa musibah menanti. Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu kerana segala sesuatu ada sebabnya. Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya. Setiap yang murni ada
campurannya.”
~ Imam al-Ghazali Petikan Buku: Mukasyafah al-Qulub.
• “Apabila kebenaran keimananmu telah terbukti dan kamu dapat menyesuaikan diri dengan
kehendak dan perbuatan ALLAH dan dengan idzin ALLAH juga, maka hendaklah kamu tetap
bersabar dan redha serta patuh kepada-Nya. Janganlah kamu melakukan apa saja yang dilarang
oleh ALLAH Apabila perintah-Nya telah datang, maka dengarkanlah, perhatikanlah, bersegeralah
melakukannya, senantiasalah kamu bergerak dan jangan bersikap pasif terhadap takdir dan
perbuatan-Nya, tetapi pergunakanlah seluruh daya upayamu untuk melaksanakan
perintah-perintah-Nya itu.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Hendaklah kamu berserah diri dan bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH di dalam
segala hal, agar Dia memanifestasikan kerja-Nya melaluimu. Jika kebaikan yang didapati,
maka bersyukurlah. Dan jika bencana yang menimpamu, bersabarlah dan kembalilah kepada Dia.
Kemudian rasakan keuntungan yang didapati dari apa yang kamu anggap sebagai bencana itu,
lalu tenggelamlah di dalam Dia melalui perkara itu sejauh kemampuan yang kamu miliki dengan
cara keadaan rohani yang telah diberikan kepadamu. Dengan cara inilah kamu dinaikan dari
satu peringkat ke peringkat lainnya yang lebih tinggi dalam perjalan menuju ALLAH, supaya
kamu dapat mencapai Dia.
• Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh
orang-orang shiddiq, para syuhada dan orang-orang saleh sebelummu. Dengan demikian
kamu akan dekat dengan ALLAH agar kamu dapat melihat kedudukan orang-orang sebelummu
dalam menuju Raja Yang Maha Agung itu. Di sisi Tuhan ALLAH lah kamu mendapatkan kesentosaan, keselamatan dan keuntungan.
• Biarlah bencana itu menimpamu dan jangan sekali-kali kamu mencuba menhindarkannya
dengan doa dan shalatmu, dan jangan pula kamu merasa tidak senang dengan kedatangan
bencana itu, kerana panas api bencana itu tidak sehebat dan sepanas api neraka.
• Sebenarnya, bencana yang datang kepadamu itu bukannya akan menghancurkanmu, melainkan
sebenarnya adalah akan mengujimu, mengesahkan kesempurnaan imanmu, menguatkan dasar
kepercayaanmu dan memberikan kabar baik ke dalam batinmu. ALLAH berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang
yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
(QS 47:31).” -~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Janganlah bersusah payah untuk mendapatkan keuntungan dan jangan pula mencuba
menghindarkan diri dari malapetaka. Keuntungan itu akan datang kepadamu jika memang
sudah ditentukan oleh ALLAH untukmu, baik sengaja mencarinya maupun tidak. Malapetaka itu
pun akan datang menimpamu, jika memang telah ditetapkan oleh ALLAH untukmu, baik
kamu membencinya, maupun mencuba menghindarkannya dengan doa dan solat atau
menghadapinya dengan penuh kesabaran, kerana hendak mencari keredhaan ALLAH.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
• “Taubatlah engkau dari riak dan nifaq. Janganlah malu mengakui hal itu atas dirimu. Yang kuat
di antara manusia mulia adalah mereka yang semula munafik. Oleh yang demikian, berkatalah
sebahagian ulama, “Tidak ada yang mengetahui hakikat ikhlas kecuali murai (orang riak)”. Yang
paling beruntung ialah mereka yang ikhlas mulai dari awal hingga akhirnya.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani• “Fikirlah bahawa di dunia ini, suatu yang kamu cintai tidak akan kekal selamanya. Tidak abadi, pasti
fana. Jika hal ini telah benar-benar kamu sedari, tentu kamu tidak akan melupakan-Nya walau sekejap
pun. Namun, kebanyakan tidak ada manusia yang mengingatkan hal itu. Barang siapa telah merasakan, bererti telah mengetahuinya. Manusia yang demikian adalah termasuk salah satu dari mereka yang tidak tahan
tinggal bersama makhluk..”
~Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
~Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
No comments:
Post a Comment