Sunday, December 4, 2016

5.12.2016 KERTAS KERJA MALAM ASPIRASI SILAT NUSANTARA KE 2




WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Dengan kesedaran itu kami PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG, mengadakan Malam Aspirasi Silat Nusantara bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

B. ANJURAN
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng

C. TARIKH / MASA / TEMPAT
1. Tarikh : 30 Disember 2016

2. Masa : 8.00 malam

3. Lokasi : Kem Lagenda PLKN Asahan

D. PESERTA

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
BILANGAN AHLI
1
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
50
2

 
   
3

 
 
4

 
 
5

  
 
6

 
 
7

 
 
8

 
 
9

 
   
10

 
 

**** JEMPUTAN

E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah

F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penasihat : Y.B Datuk Seri Hj Abd Ghafaar Atan
 
Pengerusi : Encik Rahim bin Abd Rahman

Naib Pengerusi : Encik Mohd Iham bin Aris

Setiausaha : Encik Suhaizan bin Haji Noh

Bendahari : Encik Sulaiman bin Othman

Jawatankuasa Urusetia/Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Keselamatan / Pertolongan Cemas

Jawatankuasa Publisiti / Penerangan

Jawatankuasa Fotografi / Dokumentasi

Jawatankuasa Jamuan / Makanan

G. TENTATIF PROGRAM

Majlis Perasmian dan Demontrasi Waja Diri

8.00 : Tetamu VIP mengambil tempat

8.10 : Persembahan Nyanyian

8.20 : Ucapan alu-aluan

8.35 : Ucapan Tuan Guru Rahman bin Hamid

8.45 : Ucapan Perasmian – YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Haji Atan

9.00 : Seni Buka Gelanggang

9.10 : Demontrasi Waja Diri


BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
MASA
1
   
 
15 minit
2

 
15 minit
3
   
  
15 minit
4
   
 
15 minit
5
   
 
15 minit
6

 
15 minit
7

 
15 minit
8

 
15 minit
9

 
15 minit   
10

 
       15 Minit

11.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata

11.45 : Jamuan

12.00 : Bersurai

H. ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

BIL
PERKARA
RM
BIL
RM

   






I
Pendapatan









a
Sumbangan Belia


 
b
Lain-lain Sumbangan


 

Jumlah


 


   



II
Perbelanjaan










Jamuan
 
 
 







PA Sistem
 
 







Cenderamata VIP
 







Selendang Amanah







Rakaman / Gambar
 







Kain Rentang







Luar Jangka


   




T Shirt

   
   





























































 




 
   

   











I. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA

BERGERAK

WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

DISEDIAKAN OLEH :


(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK ,BKT,PBB )

Setiausaha

017-6876799 , 06-5291245 . 06-5293537(faks)










































No comments: