Wednesday, September 18, 2013

KERTAS KONSEP ASPIRASI SILAT NUSANTARA HOL MUHARAM

                 
ASPIRASI SILAT NUSANTARA
MAJLIS PENCAK SILAT GABUNGAN PERGURUAN PANJI SEMPENA HOL MUHARAM

ANJURAN
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA

KERJASAMA
GABUNGAN PERGURUAN SENI SILAT PANJI
KERAJAAN NEGERI MELAKA
SEKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
GERAKAN BELIA 4B(M) KAWASAN ALOR GAJAH

TARIKH
16 NOVEMBER 2013 (SABTU)

LOKASI
KEM LAGENDA
PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA
ASAHAN,MELAKA

DIRASMIKAN
YAB DATUK WIRA HJ IDRIS BIN HAJI HARON
KETUA MENTERI MELAKA

ASPIRASI SILAT NUSANTARA

MAJLIS PENCAK SILAT GABUNGAN PERGURUAN PANJI SEMPENA HOL MUHARAM


A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.


B. ANJURAN

PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG ASAHAN MELAKA


C. TARIKH / MASA / TEMPAT

1. Tarikh : 16 Hb November 2013
2. Masa : 6.00 petang – 12.00 malam
     3. Lokasi : Kem Lagenda PLKN Asahan Melaka


D. PESERTA

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
BILANGAN AHLI
1
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
200

2
Perguruan Panji Putera Ledang
Tangkak
100

3
Perguruan Panji
Johor Baharu
40

4
Perguruan Panji
Batu Pahat
40

5
Perguruan Panji
Muazam Pahang
40

6
Perguruan Panji
Selangor
40

7
Perguruan Cahaya D'Lima
Bakri
40

8
Perguruan Lembayung
Kuala Lumpur
20

9
Perguruan Panji
Muar
40

10
Perguruan Panji
Lain lain
40


E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah


F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penaung    : YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Haji Atan

Penasihat   : YDP/Guru-guru Utama Perguruan Panji
                : Pemegang-pemegang Amanah Panji
Pengerusi  : Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid

Naib Pengerusi : Guru Rahim bin Tuan Guru Rahman
Setiausaha : Sdr Suhaizan bin Haji Noh

Pen Setiausaha : Sdr Sulaiman bin Othman

Bendahari : Sdr Mohd Iham bin Mohd Aris

Pen Bendahari : Sdr Zulkifli bin Jaafar

Ketua Urusetia : Sdr Kamarul Anuar bin Talib

Jawatankuasa : Setiap 2 orang dari Perguruan Panji   

G. TENTATIF PROGRAM

6.00 : Pameran wajadiri

7.00 : Pendaftaran peserta

8.00 : Jamuan

8.45 : Majlis perasmian

9.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata


9.45 : Pembukaan Gelanggan dan Demonterasi Pencak Silat bermula

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
MASA

1
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
20 MINIT

2
Perguruan Panji Putera Ledang
Tangkak
20 MINIT

3
Perguruan Panji
Johor Baharu
20 MINIT

4
Perguruan Panji
Batu Pahat
20 MINIT

5
Perguruan Panji
Muazam Pahang
20 MINIT

6
Perguruan Panji
Selangor
20 MINIT

7
Perguruan Cahaya D'Lima
Bakri
20 MINIT

8
Perguruan Lembayung
Kuala Lumpur
20 MINIT

9
Perguruan Panji
Muar
20 MINIT

10
Perguruan Panji
Lain lain
20 MINIT


2.00 : Bersurai

H. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.


BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
BERGERAK
WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

DISEDIAKAN OLEH :

(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )
Setiausaha
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Tel : 012-3311452


No comments: