Wednesday, October 2, 2013

PEMBUKAAN GELANGGANG KG AIR REPAT NYALAS




Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Tahniah kepada sahabat yang membuka gelanggang seni silat kota sendeng di Kg Air Repat , Nyalas malam tadi. Tahniah kepada anak-anak muda yang terbuka minda dan menaruh minat untuk mempelajari seni silat warisan melayu ini.
Tetamu vip yang hadir
1. Encik Samzainal bin Abd Karim - Pengerusi JKKK Kg Nyalas
2. Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid - YDP Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Turut Hadir
1. Encik Suhaizan Haji Noh - Pengerusi Gerakan Belia 4B Kaw Alor Gajah
Latar Belakang Gelanggang Kg Air Repat
1. Nama Perguruan : Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
2. Lokasi : Kg Air Repat Nyalas
3. Jumlah murid : 35 orang (40tahun kebawah)
4. Anjuran : Gerak Wajadiri Gerakan Belia 4B Caw Nyalas dan Pergerakan Pemuda UMNO Nyalas
5. Jurulatih : Encik Mohd Iham bin Md Aris
6. Perasmian : Encik Samzainal Abd karim - Wakil YB DW Abd Ghafaar Atan
Mempelajari seni silat melayu memerlukan kesungguhan dan ketahanan diri yang tinggi. Kerana silat menuntut penuntutnya supaya tabah dan sabar dalam melalui proses pembelajaran yang displin dan tegas.Ini akan memberi keyakinan yang tinggi untuk memastikan anak anak perguruan dalam keadaan siapsiaga dan tidak boleh lalai dan leka.
petikan Ucapan Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid
Orang Melayu tetap unggul dan hebat kerana mempunyai semangat pendekar dari zaman hang tuah sehingga kini.Nyalas melalui pelbagai generasi dan setiap generasi mempunyai ikon atau orang orang lama yang sentiasa bersedia untuk menghidupkan warisan silat ini.Dan kali ini saya mengharapkan agar generasi muda kini dapat meneruskan agenda persilatan melayu ini supaya ianya terus diwarisi dan dikekalkan.Semuga kampung kita mendapat menafaat daripada pembukaan gelanggang ini.
petikan ucapan perasmian Encik Samzainal bin Abd Karim.
Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Shahril Samzainal selaku ketua gerakan belia 4b caw nyalas dan ketua pemuda UMNO caw nyalas yang berhempas pulas bersama rakan rakan kampung untuk membuka gelanggang ini. Semuga mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT
Tahniah semua

No comments: