Tuesday, April 29, 2014

FESTIVAL PENDEKAR DAN BUSANA TRADISI 2014


ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA (10 MEI, 2014)


MASA

PROGRAM

8.30 pagi               :

Pendaftaran Peserta/ Ketibaan tetamu jemputan

9.15 pagi               :

Ketibaan YB. Datuk Norpipah bte Abdol
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebudayaan, Warisan dan pelancongan Negeri Melaka

9.30 pagi               :

Perarakan Istiadat Pendekar
Persembahan Silat Selamat Datang

9.45 pagi               :

Nyanyian Lagu
Negaraku, Melaka Maju Jaya, Melaka Maju Negeriku Sayang

9.50 pagi               :

Bacaan Doa

9.55 pagi               :

Ucapan Aluan
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebudayaan, Warisan dan pelancongan Negeri Melaka

10.30 pagi          :

Penyampaian Cenderamata
Jamuan

11.00 pagi
hingga
1.30 ptg

Wacana Ilmu

Bicara 1
“Mitos dan Sejarah dalam Sulalatus Salatin”
Oleh Y.Bhg. Prof Dr. Ahmat bin Adam

Bicara 2
“Warisan Melayu Bersendi Kitabullah”
Oleh YBhg. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari –aktivis NGO Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)


Pengerusi : Y.Bhg. Prof. Adjung Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin
Timbalan Pengerusi
Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam



11.00 pagi
hingga
1.30 ptg

Bicara 3
“Konsep dan Falsafah Busana Melayu”
Oleh Y.Bhg Puan Zubaidah bte Sual – pengkaji busana Melayu

Bicara 4
“Sultan dan Wali Allah di Nusantara”
Oleh Y.Bhg En. Hasanuddin Yusof

Bicara 5
“Falsafah dan Fungsi Busana Pendekar Melayu”
Oleh Y.Bhg En. Johan Iskandar – pakar rujuk busana tradisi Melayu dan pengasas portal Keriswarisan.com

Pengerusi : YBhg. En. Rodzuan bin Ismail
Pengarah
Jab. Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka

1.30 petang          :

Jamuan / Rehat

3.00 petang –
4.00 petang

Majlis Perasmian Festival Oleh YDP Pesaka Melaka

6.00 petang

Bersurai

Acara-acara lain di Perkarangan Rumah Lima Pahlawan dari 10.00 am – 6.00 pm.

1.       Pertunjukan Silat dari pelbagai pertubuhan silat
2.       Bengkel dan Demonstrasi memanah
3.       Demonstrasi Mencuci Keris
4.       Demonstasi Membuat Keris / Senjata Tradisi
5.       Sukan Rakyat (Sepakraga Bulatan, Gasing)
6.       Gerai Pameran


 ATURCARA PROGRAM HARI KEDUA (11 MEI, 2014)



MASA

PROGRAM

LOKASI

9.00 pagi – 3.00 petang   :

Persembahan Silat dari semua pertubuhan silat

Gelanggang Silat

10.30 pagi
2.30 petang
5.00 petang          :

Demonstrasi Mencuci Keris

Balai Mahaguru

10.00 pagi
12.00 tengahari
2.00 petang
5.00 petang          :

Demonstrasi Memanah

Gelanggang Silat

9.00 pagi – 5.00 petang

Demonstrasi membuat keris

Wakaf

9.00 pagi – 5.00 petang

Persembahan sukan tradisional – sepak raga bulatan

Gelanggang Silat

3.00 ptg

Majlis Perasmian Penutup Festival:

1) Peserta festival mengambil tempat
2) Ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur
3) Ucapan perasmian penutup Festival
4) Gimik perasmian & persembahan khas
5) Penyampaian hadiah pertandingan
6) Penyampaian sijil & anugerah khas
7) Sesi Bergambar & Bersurai

Pentas Utama



Thursday, April 24, 2014

KEHEBATAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W  KHALID AL WALID

KEHEBATAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W 
KHALID AL WALID, siapa yang tidak kenal? Panglima Tentera Islam sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai memimpin Tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.
Dalam satu peperangan pada zaman Sayyidina Umar Al Khattab dilantik menjadi Khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Sayyidina Umar Al Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al Walid.
Khalid Al Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Panglima Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Sebahagian Tentera Muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar.
"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah S.A.W dengan melucutkan jawatan Khalid Al Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan Panglima Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli Tentera Muslim yang tidak berpuas hati.
Khalid Al Walid masih tersenyum..
"Apakah ada beza aku Panglima dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.
Mendengar kata-kata Khalid Al Walid, Tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.
Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan ummat Islam.
Sayyidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tetapi apabila fitnah semakin panas, Umar pun berkata, "Aku melucutkan jawatan Khalid Al Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."
Mereka bertanya, "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid Al Walid?"
Lantas jawab Sayyidina Umar,
"Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan Tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."
[Sejak peristiwa ini, Sayyidina Umar digelar Tobibul Qulub]
Ketika Khalid sedang uzur, Sayyidina Umar datang kepadanya.
“Khalid Saifullah [pedang Allah], aku sesekali tidak pernah berdendam denganmu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukanmu. Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu denganmu wahai sahabat, tetapi engkau tidak tahu, tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada diantara mereka seakan-akan mengagungkanmu, jika engkau pimpin pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka.
Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat,” ujar Sayyidina Umar Al Khattab, mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.
Suatu ketika, seorang sahabat datang kepadanya. Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur, dia bingkas bangun dan membuka bajunya, 
“Wahai Sahabat, perhatikan badanku, adakah ada tempat yang tiada parut?”
“Tiada wahai Khalid,” jawab sahabat tersebut.
“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa Allah tidak menerima ku sebagai salah seorang Syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” soal Khalid Al Walid.
Mendengar keluhan Khalid itu, sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “Kau tidak boleh syahid, Khalid. Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan Pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid Al Walid, dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Illahi.
# Ya, Khalid Al Walid tidak syahid disebabkan kata-kata h keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid, pasti Islam akan menang, jadi jika Khalid syahid di medan perang, bagaimana Islam akan menang? Bagaimana mungkin Pedang Allah boleh patah di medan perang? Percayalah, apa yang keluar dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi kenyataan.
# Lihat bagaimana tegasnya Sayyidina Umar Al Khattab ketika itu menjaga Akidah ummat Islam dari berlaku syirik pada Allah.

Wednesday, April 23, 2014

FESTIVAL PENDEKAR 2014 NEGERI MELAKA


RUJUKAN BLOGS SILA KLIK DI http://sigmamelaka.blogspot.com/

Festival ini akan menghimpunkan pengamal, pengkaji dan peminat seni kebudayaan tamadun Melayu Nusantara dari dalam dan luar negara bertujuan merapatkan silaturrahim sesama kita dan menjadi model kepada generasi baru dalam mewarisi seni pusaka bangsa Melayu. Penganjuran festival ini juga selari dengan ulang tahun ke 6 sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang acara kemuncaknya akan diadakan pada 15 April, 2014. 

 Festival ini merupakan kesinambungan kepada suatu program Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka 2012 yang telah dijayakan buat julung kali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam dan PERZIM pada 25 November, 2012 di Auditorium Kolej Yayasan Melaka (Seminar Wacana Ilmu) dan pada 2 Disember, 2012 di perkarangan Istana Kesultanan Melaka. Kehadiran peserta dari dalam dan luar negeri seramai 2000 orang tidak termasuk pelancong yang sedia ada di kawasan tersebut.

   

ANJURAN BERSAMA 

·         Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA) 

DENGAN KERJASAMA
·           Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka)
·        Kerajaan Negeri Melaka
·         Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
·         Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
·         Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
·         Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
·         Jab. Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka (JKKN)
·         Biro Promosi Pelancongan (BPP)
·         Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
·         Pusat Transformasi Bandar (UTC Melaka)
·         Kementerian Pelancongan Malaysia
TARIKH DAN TEMPAT FESTIVAL
·         10 & 11 Mei, 2014  (Sabtu & Ahad) – Perkampungan Hang Tuah, Kg. Duyong, Melaka


PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
1.       Perguruan-perguruan  Silat  Negeri Melaka
2.       Badan PENDIRI  PESAKA
3.       Perguruan-perguruan Silat seluruh  Malaysia
4.       Perguruan-perguruan Silat luar negara
5.       Penuntut IPTA / IPTS tempatan
6.       Peminat, penggiat dan peneliti seni pendekar & busana tempatan/luar negara
7.       Jabatan dan Agensi Kerajaan Malaysia

 ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA (10 MEI, 2014)

Masa
Lokasi
Acara
8:30 am
Perkarangan HTC
Pendaftaran peserta wacana ilmu & peserta pertandingan dan mengambil tempat dalam auditorium HTC
9.00 am
Dewan Auditorium HTC
Majlis perasmian pembukaan festival
11:00am-5:00pm
Dewan Auditorium HTC
Wacana Ilmu Memartabatkan Jatidiri Kemelayuan
Bicara 1
“Kerajaan Melayu di Nusantara – Gemilang Dalam Gelap ”
Oleh YBhg. Dr. Mohd Muzammil Mohd Nor – Pensyarah kanan Sejarah, USM

Bicara 2
“Jatidiri Melayu”
Oleh YBhg. Tun Suzana Tun Othman – aktivis Sejarah dan pengasas NGO KEMUDI

Bicara 3
“Konsep dan Falsafah Busana Melayu”
Oleh Y.Bhg Puan Zubaidah bte Sual – pengkaji busana Melayu

Bicara 4
“Busana Pahlawan Melayu”
Oleh Y.Bhg En. Johan Iskandar – pengasas & aktivis portal Keriswarisan.com

11:00am-11:00pm
Gelanggang Silat Rumah Lima Pahlawan
Acara serentak sepanjang hari :

1) Pertandingan silat seni Nusantara
2) Pertandingan sukan tradisi rakyat
    (memanah, sepakraga, congkak)
3) Pertandingan solek setanjak/destar
4) Pertandingan fesyen busana tradisi
5) Demonstrasi  & pertandingan memanah
6) Demonstrasi membuat senjata dan busana tradisi
7) Gerai pameran dan jualan
11:00pm
Hang Tuah Centre
Bersurai



5.0          ATURCARA PROGRAM HARI KEDUA (11 MEI, 2014)

Masa
Lokasi
Acara

8:30am

Perkarangan HTC

Pendaftaran pasukan persembahan dll.
9:00am-3:00pm
Gelanggang silat HTC
Acara serentak sepanjang hari :
1) Persembahan silat seni Nusantara
2) Persembahan tarian kebudayaan
3) Permainan sukan tradisi rakyat
    (memanah, sepakraga, congkak)
4) Demonstrasi pembuatan setanjak/destar & busana tradisi
5) Demonstrasi memanah
6) Demonstrasi membuat senjata tradisi
7) Gerai pameran dan jualan
3:00am-5:00pm
Gelanggang Silat Induk
Majlis Perasmian Penutup Festival:

1) Peserta festival mengambil tempat
2) Ketibaan YAB Ketua Menteri dan dif kehormat
3) Ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur bersama
4) Ucapan perasmian penutup Festival
5) Gimik perasmian & persembahan khas
6) Penyampaian hadiah pertandingan
7) Penyampaian sijil & anugerah khas
8) Sesi Bergambar & Bersurai


PENDAFTARAN PESERTA
1.       Yuran penyertaan untuk semua acara adalah PERCUMA.
2.       Peserta yang telah menghantar borang pendaftaran kepada sekretariat hendaklah melapor diri di kaunter pendaftaran urusetia pada pagi 10/5//2014. Tag khas bernombor siri akan diberi kepada mereka yang mendaftar sahaja.
3.       Peserta pertandingan silat seni mestilah mendaftar secara  Pasukan yang terdiri  dari sekurang-kurangnya seramai  6 orang pesilat  sama ada  lelaki atau  wanita tidak termasuk ketua pasukan/jurulatih. 
4.       Penyertaan pertandingan sukan rakyat terbuka kepada individu dan kumpulan.
5.       Pemenang pertandingan fesyen busana tradisi akan dipilih secara rambang sepanjang Festival oleh panel juri yang akan memerhatikan setiap peserta yang telah mendaftar dan mempunyai tag bernombor siri.
6.       Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 1/5/2014 melalui kaedah berikut :
·        Secara pos atau serahan tangan kepada :
Sekretariat, Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014
d/a Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Lot 144, Kompleks Niaga Dataran Bukit Baru, 75150, Melaka

Tel : +6 012 682 0460 (Abu Huzaifah)
        +6 016 238 7500 (Omar A Rahman)
        +6 013 367 5258 (Fazrul Nieyzam)
        +6 010 789 4012 (Mohd Heirman)
·        Melalui email ke princezai@gmail.com atau zai@hasro.net
·        Melalui fax ke +6 03 6207 5792
Pihak sekretariat berhak menolak sebarang pendaftaran berdasarkan kriteria tertentu.
7.       Pendaftaran peserta dan taklimat akan dibuat di perkarangan Hang Tuah Centre, Duyong, Melaka seperti maklumat berikut:

Hari Pertama (10 Mei, 2014)                                                                          
Pendaftaran Wacana Ilmu & Pertandingan : 8.30 Pagi
Acara Pertandingan : 11.00 Pagi - 11.00 Malam
Wacana Ilmu : 11.00 Pagi – 5.00 Ptg
Hari Kedua (11 Mei, 2014)
Pendaftaran Sesi Persembahan : 8.30 Pagi
Acara Persembahan : 9.00 Pagi – 3.00 Ptg.


KATEGORI PERTANDINGAN :
KATEGORI
PENYERTAAN
MASA PERSEMBAHAN

SENI PERSEMBAHAN SILAT KREATIF

Berpasukan
Lelaki / Wanita

7 Minit / Pasukan

SUKAN RAKYAT


Berpasukan / Individu
Lelaki / Wanita




SUBJEKTIF

1. Congkak & Batu Seremban
2. Sepakraga Bulatan / Cap The

3. Memanah
4. Solek Setanjak

FESYEN BUSANA

Individu
Lelaki/Wanita/
Kanak-Kanak


SUBJEKTIF
1. Kategori Lelaki
2. Kategori Wanita
3. Kategori Cilik


KETETAPAN MASA
Pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang kedua oleh Ketua Pertandingan, pasukan yang berkenaan akan dikira menarik diri.

PAKAIAN
Semua peserta yang menyertai pertandingan diwajibkan memakai busana bercirikan tradisi Melayu atau Pendekar Nusantara. Markah akan dikira pada  busana yang digunakan.

HADIAH-HADIAH
Hadiah untuk pertandingan akan diberikan sebagaimana berikut :-
Seni Persembahan Silat Kreatif
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Sukan Rakyat (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala

Fesyen Busana (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 -  Piala
Juara 3 – Piala


MAKLUMAT AM
1.       Makan & minum  akan disediakan oleh Penganjur untuk 10 orang bagi setiap Pasukan yg menyertai pertandingan.
2.       Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu pihak penganjur sedia membantu urusan mendapatkan penginapan yang sesuai bagi peserta. Pengangkutan peserta ke tempat kejuaraan dan pengangkutan dalaman  adalah tanggungan   sendiri.
3.       Pihak penganjur akan melantik seorang Ketua Pertandingan dari Lembaga Teknikal Wasit-Juri Negeri Melaka sebagai Ketua Pertandigan. Pihak penganjur akan memilih Juri-juri yang berkelayakan dan difikirkan layak sahaja untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut.
4.       Tiada Bantahan serta permohonan Bantahan akan diterima oleh kerana festival ini adalah bersifat Program muhibbah dan sukan budaya.
5.       Semua Persatuan atau perguruan digalakkan menggunakan muzik silat sebenar dari pasukan sendiri atau pihak penganjur dan hanya menggunakan kaset atau CD sekiranya perlu.
6.       Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas segala kecelakaan dan kecederaan yang disebabkan oleh kelalaian atau sebaliknya dan pihak perserta atau persatuan hendak memastikan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan adalah layak bertanding dan sihat tubuh badan.
7.       Pasukan yang didapati menyebabkan atau membuat huru hara serta kekacauan akan dibatalkan penyertaannya serta merta. Tiada sebarang tuntutan  dan bantahan akan dilayan.



MAKLUMAT PERHUBUNGAN AJK KERJA PROGRAM
Pengarah Program                                 : Abu Huzaifah Hashim - 0126820460
                                                               Omar A. Rahman - 0162387500
                                                               Puan Bibi Aishah – 0176739449
Tim. Pengarah                                        : Fazrul Nieyzam b Chairul Akbar – 0123967807
Sekretariat                                              : Mohd Heirman Ishak – 0107894012
Bendahari                                              : Kamarul Anuar Talib – 0132628575
Urusetia Pendaftaran & Promosi              : Mohd Aizudin (P.S.S Cekak Malaysia) – 0104342039
   Hisamudin Jalil (P.S.S Cekak Harimau) – 0126235635
Urusetia Wacana Ilmu                              : Prof. Madya Mohd Arif (P.S.S. Gayong Fatani) – 0196687420
Urusetia Pertandingan/Persembahan        : Masrizal Rahmat (P.S.S. Warisan Sendeng) – 0137302010
                                                                Suhaizan Hj Noh (P.S.S. Kota Sendeng) – 0123311452
Urusetia Sukan Rakyat                            : Norhizad Mustapha – 0196859911
                                                               Rashidi Mohd Rashid - 0172260916
Urusetia Memanah / Busana                   : Aziz b Md Said (P.S.S Gerak Tepat) – 0173965177
Urusetia Pameran/Gerai                         : Rozaini b Kamar (P.S.S. Pancha Laksamana) – 0137539123
Urusetia Sambutan/Protokol                   : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
  PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Perasmian & Penutup                : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
    PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Makanan                                    : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
     PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Keselamatan&Tugas Khas          : P.S.S. Lembayong Pelangi – 0184664373 / 0166334303
Urusetia Logistik                                      : P.S.S. Harimau Bentara Garang - 0126820460
Urusetia Tapak & Infrastruktur                    : P.S.S. Pancha Laksamana - 0107894012
                                                                P.S.S. Gersaka Melaka - 0133675258


Borang Penyertaan sila click Link di bawah : 
https://www.dropbox.com/s/8k19y00vum5t9dy/Borang%20Penyertaan%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Kit Edaran Festival sila click Link berikut :
https://www.dropbox.com/s/y7tq3pjv1kcxxor/Kit%20Edaran%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf

Link utk Facebook Event : (mohon click Going di sini utk pemantauan kami) 
https://www.facebook.com/events/257985524379727/