RUJUKAN BLOGS SILA KLIK DI http://sigmamelaka.blogspot.com/
Festival ini akan menghimpunkan pengamal, pengkaji dan peminat seni kebudayaan tamadun Melayu Nusantara dari dalam dan luar negara bertujuan merapatkan silaturrahim sesama kita dan menjadi model kepada generasi baru dalam mewarisi seni pusaka bangsa Melayu. Penganjuran festival ini juga selari dengan ulang tahun ke 6 sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang acara kemuncaknya akan diadakan pada 15 April, 2014.
Festival ini merupakan kesinambungan kepada suatu program Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka 2012 yang telah dijayakan buat julung kali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam dan PERZIM pada 25 November, 2012 di Auditorium Kolej Yayasan Melaka (Seminar Wacana Ilmu) dan pada 2 Disember, 2012 di perkarangan Istana Kesultanan Melaka. Kehadiran peserta dari dalam dan luar negeri seramai 2000 orang tidak termasuk pelancong yang sedia ada di kawasan tersebut.
ANJURAN BERSAMA
· Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
DENGAN KERJASAMA
· Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka)
· Kerajaan Negeri Melaka
· Kerajaan Negeri Melaka
· Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
· Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
· Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
· Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
· Jab. Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka (JKKN)
· Biro Promosi Pelancongan (BPP)
· Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
· Pusat Transformasi Bandar (UTC Melaka)
· Kementerian Pelancongan Malaysia
TARIKH DAN TEMPAT FESTIVAL
· 10 & 11 Mei, 2014 (Sabtu & Ahad) – Perkampungan Hang Tuah, Kg. Duyong, Melaka
PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
1. Perguruan-perguruan Silat Negeri Melaka
2. Badan PENDIRI PESAKA
3. Perguruan-perguruan Silat seluruh Malaysia
4. Perguruan-perguruan Silat luar negara
5. Penuntut IPTA / IPTS tempatan
6. Peminat, penggiat dan peneliti seni pendekar & busana tempatan/luar negara
7. Jabatan dan Agensi Kerajaan Malaysia
ATURCARA PROGRAM HARI PERTAMA (10 MEI, 2014)
Masa
|
Lokasi
|
Acara
|
8:30 am
|
Perkarangan HTC
|
Pendaftaran peserta wacana ilmu & peserta pertandingan dan mengambil tempat dalam auditorium HTC
|
9.00 am
|
Dewan Auditorium HTC
|
Majlis perasmian pembukaan festival
|
11:00am-5:00pm
|
Dewan Auditorium HTC
|
Wacana Ilmu Memartabatkan Jatidiri Kemelayuan
Bicara 1
“Kerajaan Melayu di Nusantara – Gemilang Dalam Gelap ”
Oleh YBhg. Dr. Mohd Muzammil Mohd Nor – Pensyarah kanan Sejarah, USM
Bicara 2
“Jatidiri Melayu”
Oleh YBhg. Tun Suzana Tun Othman – aktivis Sejarah dan pengasas NGO KEMUDI
Bicara 3
“Konsep dan Falsafah Busana Melayu”
Oleh Y.Bhg Puan Zubaidah bte Sual – pengkaji busana Melayu
Bicara 4
“Busana Pahlawan Melayu”
Oleh Y.Bhg En. Johan Iskandar – pengasas & aktivis portal Keriswarisan.com
|
11:00am-11:00pm
|
Gelanggang Silat Rumah Lima Pahlawan
|
Acara serentak sepanjang hari :
1) Pertandingan silat seni Nusantara 2) Pertandingan sukan tradisi rakyat (memanah, sepakraga, congkak) 3) Pertandingan solek setanjak/destar 4) Pertandingan fesyen busana tradisi 5) Demonstrasi & pertandingan memanah 6) Demonstrasi membuat senjata dan busana tradisi 7) Gerai pameran dan jualan |
11:00pm
|
Hang Tuah Centre
|
Bersurai
|
5.0 ATURCARA PROGRAM HARI KEDUA (11 MEI, 2014)
Masa
|
Lokasi
|
Acara
|
8:30am
|
Perkarangan HTC
|
Pendaftaran pasukan persembahan dll.
|
9:00am-3:00pm
|
Gelanggang silat HTC
|
Acara serentak sepanjang hari :
1) Persembahan silat seni Nusantara
2) Persembahan tarian kebudayaan 3) Permainan sukan tradisi rakyat (memanah, sepakraga, congkak) 4) Demonstrasi pembuatan setanjak/destar & busana tradisi 5) Demonstrasi memanah 6) Demonstrasi membuat senjata tradisi 7) Gerai pameran dan jualan |
3:00am-5:00pm
|
Gelanggang Silat Induk
|
Majlis Perasmian Penutup Festival:
1) Peserta festival mengambil tempat 2) Ketibaan YAB Ketua Menteri dan dif kehormat 3) Ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur bersama 4) Ucapan perasmian penutup Festival 5) Gimik perasmian & persembahan khas 6) Penyampaian hadiah pertandingan 7) Penyampaian sijil & anugerah khas 8) Sesi Bergambar & Bersurai |
PENDAFTARAN PESERTA
1. Yuran penyertaan untuk semua acara adalah PERCUMA.
2. Peserta yang telah menghantar borang pendaftaran kepada sekretariat hendaklah melapor diri di kaunter pendaftaran urusetia pada pagi 10/5//2014. Tag khas bernombor siri akan diberi kepada mereka yang mendaftar sahaja.
3. Peserta pertandingan silat seni mestilah mendaftar secara Pasukan yang terdiri dari sekurang-kurangnya seramai 6 orang pesilat sama ada lelaki atau wanita tidak termasuk ketua pasukan/jurulatih.
4. Penyertaan pertandingan sukan rakyat terbuka kepada individu dan kumpulan.
5. Pemenang pertandingan fesyen busana tradisi akan dipilih secara rambang sepanjang Festival oleh panel juri yang akan memerhatikan setiap peserta yang telah mendaftar dan mempunyai tag bernombor siri.
6. Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 1/5/2014 melalui kaedah berikut :
· Secara pos atau serahan tangan kepada :
Sekretariat, Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014
d/a Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Lot 144, Kompleks Niaga Dataran Bukit Baru, 75150, Melaka
Tel : +6 012 682 0460 (Abu Huzaifah)
+6 016 238 7500 (Omar A Rahman)
+6 013 367 5258 (Fazrul Nieyzam)
+6 010 789 4012 (Mohd Heirman)
Sekretariat, Festival Pendekar & Busana Tradisi Nusantara 2014
d/a Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Lot 144, Kompleks Niaga Dataran Bukit Baru, 75150, Melaka
Tel : +6 012 682 0460 (Abu Huzaifah)
+6 016 238 7500 (Omar A Rahman)
+6 013 367 5258 (Fazrul Nieyzam)
+6 010 789 4012 (Mohd Heirman)
· Melalui email ke princezai@gmail.com atau zai@hasro.net
· Melalui fax ke +6 03 6207 5792
Pihak sekretariat berhak menolak sebarang pendaftaran berdasarkan kriteria tertentu.
7. Pendaftaran peserta dan taklimat akan dibuat di perkarangan Hang Tuah Centre, Duyong, Melaka seperti maklumat berikut:
Hari Pertama (10 Mei, 2014)
Pendaftaran Wacana Ilmu & Pertandingan : 8.30 Pagi
Acara Pertandingan : 11.00 Pagi - 11.00 Malam
Wacana Ilmu : 11.00 Pagi – 5.00 Ptg
Hari Kedua (11 Mei, 2014)
Pendaftaran Sesi Persembahan : 8.30 Pagi
Acara Persembahan : 9.00 Pagi – 3.00 Ptg.
KATEGORI PERTANDINGAN :
KATEGORI
|
PENYERTAAN
|
MASA PERSEMBAHAN
|
SENI PERSEMBAHAN SILAT KREATIF
|
Berpasukan
Lelaki / Wanita
|
7 Minit / Pasukan
|
SUKAN RAKYAT
|
Berpasukan / Individu
Lelaki / Wanita
|
SUBJEKTIF
|
1. Congkak & Batu Seremban
| ||
2. Sepakraga Bulatan / Cap The
| ||
3. Memanah
| ||
4. Solek Setanjak
| ||
FESYEN BUSANA
|
Individu
Lelaki/Wanita/
Kanak-Kanak
|
SUBJEKTIF
|
1. Kategori Lelaki
| ||
2. Kategori Wanita
| ||
3. Kategori Cilik
|
KETETAPAN MASA
Pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang kedua oleh Ketua Pertandingan, pasukan yang berkenaan akan dikira menarik diri.
PAKAIAN
Semua peserta yang menyertai pertandingan diwajibkan memakai busana bercirikan tradisi Melayu atau Pendekar Nusantara. Markah akan dikira pada busana yang digunakan.
HADIAH-HADIAH
Hadiah untuk pertandingan akan diberikan sebagaimana berikut :-
Seni Persembahan Silat Kreatif
Juara 1 – Piala
Juara 2 - Piala
Juara 3 – Piala
Sukan Rakyat (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 - Piala
Juara 3 – Piala
Fesyen Busana (setiap kategori)
Juara 1 – Piala
Juara 2 - Piala
Juara 3 – Piala
MAKLUMAT AM
1. Makan & minum akan disediakan oleh Penganjur untuk 10 orang bagi setiap Pasukan yg menyertai pertandingan.
2. Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu pihak penganjur sedia membantu urusan mendapatkan penginapan yang sesuai bagi peserta. Pengangkutan peserta ke tempat kejuaraan dan pengangkutan dalaman adalah tanggungan sendiri.
3. Pihak penganjur akan melantik seorang Ketua Pertandingan dari Lembaga Teknikal Wasit-Juri Negeri Melaka sebagai Ketua Pertandigan. Pihak penganjur akan memilih Juri-juri yang berkelayakan dan difikirkan layak sahaja untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut.
4. Tiada Bantahan serta permohonan Bantahan akan diterima oleh kerana festival ini adalah bersifat Program muhibbah dan sukan budaya.
5. Semua Persatuan atau perguruan digalakkan menggunakan muzik silat sebenar dari pasukan sendiri atau pihak penganjur dan hanya menggunakan kaset atau CD sekiranya perlu.
6. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas segala kecelakaan dan kecederaan yang disebabkan oleh kelalaian atau sebaliknya dan pihak perserta atau persatuan hendak memastikan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan adalah layak bertanding dan sihat tubuh badan.
7. Pasukan yang didapati menyebabkan atau membuat huru hara serta kekacauan akan dibatalkan penyertaannya serta merta. Tiada sebarang tuntutan dan bantahan akan dilayan.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN AJK KERJA PROGRAM
Pengarah Program : Abu Huzaifah Hashim - 0126820460
Omar A. Rahman - 0162387500
Puan Bibi Aishah – 0176739449
Tim. Pengarah : Fazrul Nieyzam b Chairul Akbar – 0123967807
Sekretariat : Mohd Heirman Ishak – 0107894012
Bendahari : Kamarul Anuar Talib – 0132628575
Urusetia Pendaftaran & Promosi : Mohd Aizudin (P.S.S Cekak Malaysia) – 0104342039
Hisamudin Jalil (P.S.S Cekak Harimau) – 0126235635
Urusetia Wacana Ilmu : Prof. Madya Mohd Arif (P.S.S. Gayong Fatani) – 0196687420
Urusetia Pertandingan/Persembahan : Masrizal Rahmat (P.S.S. Warisan Sendeng) – 0137302010
Suhaizan Hj Noh (P.S.S. Kota Sendeng) – 0123311452
Urusetia Sukan Rakyat : Norhizad Mustapha – 0196859911
Rashidi Mohd Rashid - 0172260916
Urusetia Memanah / Busana : Aziz b Md Said (P.S.S Gerak Tepat) – 0173965177
Urusetia Pameran/Gerai : Rozaini b Kamar (P.S.S. Pancha Laksamana) – 0137539123
Urusetia Sambutan/Protokol : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Perasmian & Penutup : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Makanan : Mohd Aizudin (P.S.S. Cekak Malaysia) – 0104342039
PESAKA Melaka – 0136105238
Urusetia Keselamatan&Tugas Khas : P.S.S. Lembayong Pelangi – 0184664373 / 0166334303
Urusetia Logistik : P.S.S. Harimau Bentara Garang - 0126820460
Urusetia Tapak & Infrastruktur : P.S.S. Pancha Laksamana - 0107894012
P.S.S. Gersaka Melaka - 0133675258
Borang Penyertaan sila click Link di bawah :
https://www.dropbox.com/s/8k19y00vum5t9dy/Borang%20Penyertaan%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf
Kit Edaran Festival sila click Link berikut :
https://www.dropbox.com/s/y7tq3pjv1kcxxor/Kit%20Edaran%20Festival%20Pendekar%20%26%20Busana%202014.pdf
Link utk Facebook Event : (mohon click Going di sini utk pemantauan kami)
https://www.facebook.com/events/257985524379727/
No comments:
Post a Comment