Sunday, April 20, 2014

TAHNIAH SIGMA..MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Tahniah kepada SIGMA ataupun Persatuan Guru Guru Silat Melaka kerana berjaya mengadakan mesyuarat Agung kali pertama di dataran bukit baru pada 19 April 2014 jam 9.00 malam

Perguruan Seni Silat Kota Sendeng telah diwakili oleh Kekanda Amin, Kekanda Zul dan saya sendiri.

Terimakasih juga diucapkan kepada SIGMA kerana telah melantik Tuan Guru Utama Rahman selaku ahli majlis utk sama sama memantapkan persatuan ini. Ini adalah satu penghurmatan yang jelas kepada seni silat kota sendeng apatah lagi Setiausaha Persatuan Seni Silat Kota Sendeng telah dilantik sebagai AJK Sigma.

InsyaAllah kami di Asahan akan cuba membantu sedaya upaya untuk memastikan SIGMA berjaya dan dapat membantu merancakkan aktiviti silat di negeri Melaka..

Tahniah semua...

No comments: