ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT
1. PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG (PSSKS) MULA BERDAFTAR PADA TAHUN 2000 DI BAWAH AKTA ROS , DAN PADA TAHUN 2013 DI DAFTARKAN SEMULA SELEPAS PEMULIHAN DI BAWAH AKTA ROS.
2. SENI SILAT KOTA SENDENG INI BERMULA SEKITAR TAHUN 60AN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM TUAN GURU SIDEK BIN JANTAN DI ASAHAN. DAN SELEPAS ITU AMANAH MENERAJU PERSILATAN INI DISERAHKAN KEPADA TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID SELAKU MURID ALLAHYARHAM SEHINGGA KINI.
3. SENI SILAT INI MELALUI BEBERAPA EVOLUSI PERUBAHAN MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN SEHINGGA KINI BERTAPAK DI NEGERI MELAKA DAN JOHOR DAN BERGABUNG DENGAN PESAKA MELAKA , PESAKA LEDANG , SIGMA MELAKA , AKSI MELAKA DAN PERSILAT JOHOR.
4. PERSATUAN INI SENTIASA MENDAPAT JEMPUTAN DARI LUAR DAN MENDAPAT KERJASAMA DENGAN DMDI DAN JAMIYYAH ISLAMIAH SINGAPURA UNTUK MENGADAKAN PROGRAM JEJAK HANG TUAH.
5. MESYUARAT AGUNG INI DIADAKAN SEBAGAI MEMENUHI TUNTUTAN ROS DAN MENJADIKAN PERSATUAN SILAT INI DIANTARA PERSATUAN YANG BERDAFTAR DAN SAH DISISI UNDANG UNDANG.
6. INI JUGA MENYAHUT SERUAN YAB PERDANA MENTERI IAITU MENGIKTIRAF SILAT SEBAGAI BENTENG NEGARA YANG KETIGA SELEPAS ASKAR DAN POLIS , JUGA MENGIKTIRAF SILAT SEBAGAI WARISAN NEGARA MALAYSIA.JUGA MENYAHUT SARANAN YAB KETUA MENTERI MELAKA IAITU BALADATUN TOYYIBATUN WARABBUR GHAFFUR , IAITU MENJADIKAN SILAT SALAH SATU WADAH SILATURRAHMI DAN MENJAGA KESIHATAN DIRI UNTUK MENJADI HAMBA YANG SEJAHTERA DALAM MEMAKMURKAN NEGERI.
7. MENJADIKAN PESILAT SEBAGAI WARGENEGARA YANG BERGUNA DAN BERDISPLIN , SETIA KEPADA NEGARA DAN CINTAKAN KEAMANAN DISAMPING MENJADI SEORANG MUSLIM YANG BERTAQWA DAN BERIMAN KEPADA ALLAH. INI ADALAH KERANA SILAT BUKAN SEKADAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI TETAPI SEBAGAI PANDUAN DAN LATIHAN UNTUK MENJAGA HATI DAN PERBUATAN. MUSUH YANG SEBENAR BUKANNYA DI LUAR TETAPI MUSUH YANG SEBENAR ADALAH DALAM DIRI KITA SENDIRI.
8. PSSKS AKAN TERUS MENGORAK LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN PERSILATAN WARISAN BANGSA DI ERA KEMAJUAN GLOBALISASI INI TANPA MENGUBAH ASAS TRADISI DAN INTIPATI RUH / SEMANGAT SEBENAR DALAM PERSILATAN INI.
9. PSSKS YAKIN DAN PERCAYA YB TIMBALAN MENTERI AKAN JUGA TERUS MEMBANTU PERSATUAN PERSATUAN SILAT DI KAMPUNG KAMPUNG DAN TERUS MEMBANTU PERSATUAN SILAT YANG TELAH LAMA BERTAPAK DAN MAJU DI NEGARA KITA , JUSTERU ITU PSSKS JUGA MEMOHON BANTUAN/SUMBANGAN KEPADA TIMBALAN MENTERI SUPAYA MEMBERI NAFAS DAN TIKET UNTUK KAMI TERUS BERSAING DI DUNIA LUAR SETANDING DENGAN SENI BELADIRI YANG LAIN.
SEMUGA SEGALANYA DI RAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH
NEGERI MELAKA AMAN SENTOSA
NEGERI YANG TERBILANG , SEJARAH PAHLAWAN,
MARILAH KITA MEMBUAT JASA,
USAHA YANG IKHLAS , PASTI ALLAH MAKBULKAN .
NURZULFAKAR786
No comments:
Post a Comment